Harian Metro

Setuju lima resolusi

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

„ Teruskan usaha pengintegr­asian al-Quran dan Sains

Konvensyen Sekolah-Sekolah Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains (SAMTAS) Peringkat Kebangsaan kali keenam bersetuju dengan lima resolusi bagi meneruskan usaha pengintegr­asian al-Quran dan Sains.

Resolusi itu dibacakan pada hari penutup konvensyen oleh Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Jaafar Komari, di sini, semalam.

Mohd Jaafar berkata, resolusi itu bertujuan memberi peringatan mengenai peranan guru dan murid seiring dengan cabaran sosialisas­i di SAMTAS yang semakin mendapat perhatian tinggi masyarakat.

“Resolusi dipersetuj­ui antaranya membangunk­an ‘Modul Pembanguna­n Sosialisas­i’ kepada warga sekolah sebagai pelengkap pembinaan menjadi guru dan murid serta mewujudkan suasana yang mampu merangsang budaya interaksi atau komunikasi harmoni.

“Selain itu, ia membabitka­n pemantapan standard menjadi murid berasaskan ilmu dan adab untuk disumbangk­an kepada masyarakat,” katanya ketika menyampaik­an resolusi itu.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembanguna­n Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim.

Konvensyen bermula 28 November lalu dan berakhir semalam itu disertai 100 peserta dari seluruh negara terdiri guru, wakil pengurusan sekolah tahfiz serta wakil beberapa agensi lain.

Resolusi lain turut menyatakan ruang dan peluang perlu disediakan kepada murid untuk bersosiali­sasi menerusi kegiatan kokurikulu­m, khidmat masyarakat dan aktiviti luar kelas.

Sementara itu, Haris berkata, institusi pendidikan tahfiz semakin mendapat tempat generasi ibu bapa yang mahu anak mereka terdidik dalam aliran berkenaan.

 ?? FOTO: FAIZ ANUAR ?? DR Ahmad Yunus (tiga dari kanan) beramah mesra bersama peserta yang hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Sekolah-Sekolah Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 2016.
FOTO: FAIZ ANUAR DR Ahmad Yunus (tiga dari kanan) beramah mesra bersama peserta yang hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Sekolah-Sekolah Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia