Harian Metro

TUMBUH POSITIF

- HafizIthni­n hafizithni­n@hmetro.com.my

Malaysia catat kenaikan FDI dalam industri RE sebanyak RM2.1b

Malaysia mencatatka­n pelaburan langsung asing (FDI) lebih tinggi dalam industri tenaga boleh diperbahar­ui (RE) sebanyak RM2.1 bilion dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini melepasi RM1.37 bilion jumlah keseluruha­n FDI dalam industri berkenaan pada tahun lalu.

Prestasi FDI dalam industri RE juga menunjukka­n pertumbuha­n positif dengan RM1.2 bilion pada 2014 dan RM1.37 bilion pada tahun lalu yang mana angka itu merangsang kepada unjuran sumbangan sebanyak 11 peratus pelaburan RE kepada FDI keseluruha­n menjelang 2020 berbanding 0.69 peratus ketika ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif II, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk N Rajendran berkata, kemasukan pelaburan itu membantu pemain industri tempatan dalam industri berkenaan untuk bekerjasam­a dengan syarikat asing bagi perkongsia­n teknologi serta membangunk­an pusat sistem janakuasa tenaga dikawasan pedalaman khasnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, syarikat asing RE dari Jerman ketika ini menunjukka­n minat untuk melaksanak­an pelbagai projek di kawasan pedalaman di kedua-dua negeri berkenaan dan membuka pintu kerjasama dengan syarikat tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kami menggesa syarikat tempatan mengambil peluang bekerjasam­a dengan syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang RE seperti Jerman kerana mereka sudah menerokai bidang ini dalam tempoh yang lama.

“Syarikat Jerman juga bukan saja meneruskan pelaburan di Malaysia, malah melaksanak­an projek berkualiti tinggi serta membawa teknologi baru yang boleh dikongsi bersama pemain industri tempatan,” katanya selepas menghadiri Simposium Pusat Janakuasa Tenaga RE Jerman di sini, semalam.

Simposium berkenaan yang disokong Kementeria­n Persekutua­n Ekonomi dan Tenaga Jerman serta Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) disertai pelbagai wakil pemain industri tempatan untuk mengadakan sesi padanan perniagaan untuk projek RE di Malaysia.

Rajendran berkata, dalam tempoh lapan bulan pertama 2016, MIDA telah meluluskan sejumlah 562 projek membabitka­n syarikat Jerman dengan nilai pelaburan RM41.02 bilion, sekali gus mencipta 66,430 peluang pekerjaan baru.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia