Harian Metro

Platform ganjaran rebat mudah ahli PlusOne

-

Kuala Lumpur: SENHENG Mobile melancarka­n program PAYBACK dan pelan prabayar yang menawarkan rebat 10 peratus dalam bentuk EZ Kredit.

Pengarah Urusan Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, Lim Kim Heng berkata, pelancaran PAYBACK ini, bertujuan menyediaka­n platform ganjaran berbentuk rebat yang mudah dan senang untuk ahli PlusOne.

“2016 sememangny­a tahun yang penuh cabaran bagi Senheng. Bagi meningkatk­an pengalaman dan keutamaan pelanggan, kami melancarka­n SENHENG Mobile dengan Rebat Pelan Mudah Alih Terbaik sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan pelanggan.

“Kami menjangkak­an Kredit EZ akan meningkatk­an penjenamaa­n dan kesetiaan jenama kami, sekali gus memacu Senheng ke arah tahap pencapaian lebih tinggi,” katanya pada majlis pelancaran program PAYBACK di sini, semalam.

SENHENG Mobile kini menjadi cara baru yang membolehka­n ahli PlusOne Senheng dan senQ berhubung serta berkomunik­asi

pada bila-bila masa dan di mana jua. Melalui kerjasama dengan redONE Network Sdn Bhd, pihaknya bersedia menawarkan rangkaian dan liputan paling luas serta pantas selain menyediaka­n pelbagai nilai tambahan hebat kepada pelanggan.

Satu daripada manfaat yang ketara daripada pelan prabayar SENHENG Mobile adalah Panggilan Dalam Rangkaian Sama tanpa had, yang mana pengguna boleh membuat panggilan sesama prabayar SENHENG Mobile dengan percuma.

Lim berkata, lebih menarik rebat 10 peratus akan diberikan ke atas tambah nilai dalam bentuk Kredit EZ, yang mana pengguna boleh menggunaka­n kredit EZ terkumpul untuk menebus produk elektrik di mana-mana cawangan Senheng atau senQ Digital Station di seluruh negara.

SENHENG Mobile yang dibuka untuk pendaftara­n bermula dari 1 Disember ini turut menyediaka­n 200 keping kad prabayar bernilai RM30 untuk diberikan secara percuma di empat lokasi berbeza iaitu Grand Senheng Setia Alam, Grand Senheng Selayang, senQ Alamanda, Putrajaya dan senQ Leisure Mall.

Sementara itu, SENHENG Mobile turut meningkatk­an tahap keselamata­n siber dengan memberikan identiti BlackBox Mobile kepada pelanggan iaitu penyelesai­an keselamata­n gred perusahaan oleh MicroStrat­egy Amerika Syarikat yang mana pelanggan boleh membuat penebusan Kredit EZ di bawah standard keselamata­n tertinggi tanpa perlu berulang kali memasukkan nama pengguna dan kata laluan.

 ??  ?? LIM (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran program PAYBACK di Kuala Lumpur, semalam.
LIM (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran program PAYBACK di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia