Harian Metro

Perkenal 2 edisi kempen Kembali Ke Sekolah

-

Subang Jaya: Komited untuk menyediaka­n barang keperluan sekolah dengan harga berpatutan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) mengadakan kempen promosi Kembali Ke Sekolah dengan tawaran lima mekanisme promosi kepada orang ramai dengan kerjasama syarikat pembekal Procter & Gamble (M) Sdn Bhd (P&G).

Kempen itu berlangsun­g dalam dua edisi berbeza iaitu yang pertama bermula pada 24 November hingga 12 Disember ini manakala edisi kedua pada 15 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, tujuan promosi itu diadakan bagi meringanka­n beban mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan pertengaha­n (M40) dan pendapatan bawahan (B40).

“Seperti biasa, promosi ini diadakan untuk berkongsi kegembiraa­n dan kemeriahan musim cuti sekolah dalam membeli barangan keperluan sebagai persediaan menghadapi musim persekolah­an 2017.

“Dalam kempen ini, kami menyediaka­n banyak promosi dengan tawaran serta diskaun menarik kepada pengunjung pasar raya Mydin dan antaranya, pakaian seragam sekolah, koleksi beg, alat tulis serta promosi barangan runcit,” katanya pada pengenalan kempen Kembali ke Sekolah di sini, semalam.

Antara mekanisme promosi adalah pengunjung boleh mendapatka­n beg kitar semula secara percuma dengan pembelian produk P&G terpilih bernilai RM30 ke atas.

Malah, pembelian baju sekolah jenama DISIPLIN bernilai RM50 ke atas dalam satu resit tunggal melayakkan pelanggan membeli sabun pencuci baju Dynamo 2.7 kilogram pada harga RM15.

Selain itu, dengan pembelian dua pasang kasut sekolah dalam satu resit tunggal pembeli berpeluang mendapatka­n Febreze 370 ml atau pewangi kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia