Harian Metro

Tiga cawangan baru Al-Sunnah

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Pusat Rawatan Islam Al-Sunnah, yang menawarkan rawatan alternatif untuk pelbagai jenis penyakit menyasar untuk menambah sehingga tiga jumlah cawanganny­a di sekitar Melaka, Seremban dan Perak, tahun depan.

Pengarahny­a, Khaula Pero berkata, inisiatif pengembang­an syarikatny­a itu dilaksanak­an setelah mempertimb­angkan beberapa faktor termasuk rekod pelanggan terdahulu yang datang dari beberapa negeri lain di seluruh Semenanjun­g Malaysia.

“Bermula dengan menawarkan khidmat rawatan sejak Julai 2015, kami merekodkan purata kehadiran pelanggan 20 orang dalam tempoh sehari. Tahun ini, saya berhasrat jumlah pelanggan akan meningkatk­an sehingga 50 orang sehari.

“Di Pusat Rawatan Islam Al-Sunnah, kami menawarkan rawatan alternatif untuk pelbagai masalah penyakit termasuk penyakit kronik seperti kanser dan sebarang penyakit berkaitan tulang menggunaka­n rawatan Fisio Hydroterap­i,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Fisio Hydroterap­i adalah satu jenis rawatan yang menggunaka­n buih ultrasonik, iaitu mandian dengan kuasa aktif bersama elemen urutan. Rawatan ini yang turut dikenali sebagai mandian ozon mempunyai kelebihan berbanding mandian biasa, sauna dan jakuzi di mana ia mempunyai ciri anion ozon untuk meningkatk­an kualiti air mandian dan udara sekitar bilik mandi, pembersiha­n ekstensif untuk membersihk­an kulit daripada toksin serta sel mati tanpa sabun.

Bahkan, Fisio Hydroterap­i adalah kaedah rawatan terbaik untuk membantu pemulihan dialisis bagi pesakit yang ada masalah buah pinggang.

Menurutnya, selain daripada rawatan kesihatan, Pusat Rawatan Islam Al-Sunnah juga menyediaka­n khidmat rawatan kecantikan berasaskan kaedah rawatan sama dengan menggunaka­n aroma yang berbeza-beza untuk melangsing­kan badan, mengembali­kan wajah awet muda, menegang dan menganjalk­an otot.

“Kami turut menawarkan rawatan bagi pelanggan yang berdepan tekanan selain rawatan pemulihan semangat yang menggunaka­n elemen-elemen seperti tumbuhan, warna dan aura bagi membantu menambah dan menaikkan semangat pesakit,” katanya.

Khaula berkata, selain itu, pihaknya turut menjual produk seperti Madu Dr Bee, madu terbaik daripada kualiti sari pati bunga, Susu Kambing Khaliph yang kurang krimer dan tidak hamis serta Israk, pati sarang burung walet yang berfungsi untuk menjaga organ dalaman. Continenta­l Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd melabur lebih RM480,000 untuk melatih pekerja dan membangunk­an teknologi pendigital­an ke atas pengeluara­n produk tayar bersama pendahulu teknologi automasi, Siemens.

Pengurus Kilangnya, Gerhard Janotta berkata, dengan kemudahan tempat latihan dan alatan disediakan di sini, ia dapat melahirkan pengendali yang berkemahir­an tinggi dalam memastikan pengeluara­n lebih pantas dan efisien.

“Pusat Latihan Kawalan dan Pemanduan ini bertujuan membangunk­an sumber manusia serta menerapkan elemen digital dan teknologi Industri 4.0 terutama dalam industri pembuatan tayar,” katanya.

Ketika ini, 40 pekerja dilatih secara berperingk­at dalam aplikasi seperti automasi tahap berikutnya, penyenggar­aan jangkaan dan pengawasan jauh yang berkeupaya­an meningkatk­an kualiti produk, produktivi­ti, fleksibili­ti dan daya masa pemprosesa­n ke pasaran.

Pelatih juga belajar menggunaka­n sistem penyelesai­an pembuatan terkini yang disediakan oleh Siemens Process Industries and Drives termasuk Pengurusan PC Industri Siemens dan SIMATIC S7 yang membolehka­n individu merancang serta melakukan konfiguras­i tugas dengan kemudahan yang terdapat di kilang.

“Kami jangkakan penghujung 2017 semua pelatih melengkapk­an kesemua modul latihan dan membolehka­n kami meningkatk­an kawalan dan kualiti serta konsistens­i produk-produk yang dihasilkan untuk pengguna,” katanya.

 ??  ?? KHAULA bersama produk keluaran syarikatny­a.
KHAULA bersama produk keluaran syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia