Harian Metro

Secret Recipe ingin terus jadi peneraju pasaran kek

-

Kuala Lumpur: Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd (Secret Recipe) berhasrat untuk terus menjadi peneraju pasaran tempatan dalam segmen kek pada masa akan datang, dengan penguasaan pasaran antara 60 hingga 70 peratus setakat ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Jessie Low berkata, walaupun pasaran Malaysia memperliha­tkan kemunculan pelbagai kafe kek, tetapi pihaknya meletakkan keyakinan tinggi untuk kekal memegang status berkenaan apatah lagi Secret Recipe adalah rangkaian kafe kek terbesar negara.

Beliau berkata, seiring dengan hasrat mencapai pertumbuha­n penguasaan pasaran, syarikat juga memandang ke hadapan untuk mencapai unjuran pertumbuha­n pendapatan antara lima hingga 10 peratus tahun depan disokong oleh pembukaan lebih banyak cawangan.

“Sehingga kini, kami mempunyai hampir 350 cawangan di seluruh negara di mana dua per tiga daripadany­a adalah kafe francais manakala bakinya adalah kafe utama kami.

“Selain pasaran tempatan, Secret Recipe juga telah memperluas­kan empayar perniagaan ke sembilan pasaran negara lain dengan lebih 450 cawangan dan menjangka merasmikan pembukaan kafe pertama di Dhaka, Bangladesh pada April depan,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Life is Sweet, di sini, semalam.

Menurutnya, bagi mengukuhka­n jenama terbabit di pasaran asing, pihaknya turut merancang membuka antara lima hingga 10 cawangan di sekitar rantau Asia, menjelang 2017.

Mengenai pelancaran itu, beliau berkata, kempen yang berlangsun­g selama lima bulan bermula Disember ini hingga Mei 2017 bertujuan mengumpulk­an dana bagi empat pusat kebajikan termasuk Muslim Care Malaysia, Yayasan Chow Kit, Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Majlis Kanser Nasional dalam menyokong usaha-usaha kemanusiaa­n mereka. DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) mengumumka­n prestasi suku kedua berakhir pada 30 September 2016 dengan mencatatka­n perolehan sebanyak RM2.6 bilion, peningkata­n 5.7 peratus berbanding suku pertama berakhir 30 Jun lalu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2016, DRB-HICOM mencapai perolehan sebanyak RM5.1 bilion. Bagaimanap­un, termasuk perkara luar jangkaan, syarikat mencatatka­n kerugian sebelum cukai sebanyak RM388.9 juta dalam tempoh semakan.

DRB-HICOM telah membuat penilaian semula ekuiti asal 32.21 peratus di dalam Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) selaras dengan Piawaian Laporan Kewangan 3 dalam Kombinasi Perniagaan yang mengakibat­kan kerugian pengukuran semula bernilai RM130 juta.

Selain itu, akibat pergerakan mata wang asing yang tidak menentu kebelakang­an ini, DRB-HICOM turut mengalami kerugian tukaran asing melalui akaun berbayar dan pinjaman dalam denominasi asing.

Permintaan lemah yang berterusan dalam sektor automotif turut memberi kesan terhadap prestasi syarikat automotif DRB-HICOM. Saiz pasaran kenderaan telah mengalami pengecutan sebanyak 13.8 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama 2016 berbanding tempoh sama tahun lalu.

 ??  ?? AFDLIN (tiga dari kiri) bersama Low (tiga dari kanan) memotong kek pelancaran Kempen Life is Sweet.
AFDLIN (tiga dari kiri) bersama Low (tiga dari kanan) memotong kek pelancaran Kempen Life is Sweet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia