Harian Metro

KASUT BOLEH MAKAN

- Agensi

Nampak begitu realistik dan boleh terus disarungka­n serta dipakai, namun kasut yang kelihatan seperti buatan kulit ini sebenarnya dibuat daripada coklat dan harganya jauh lebih mahal daripada kasut biasa.

Dengan hiasan dilengkapi kelim, tapak dan tali kasut, kasut coklat berkenaan nampak hidup dan tidak ubah seperti kulit berwarna coklat.

Rangkaian kasut coklat ‘Gentleman’s Radiance’ itu dihasilkan pakar coklat, Motohiro Okai dari butik coklat L’éclat di Hotel Rihga Royal di Osaka.

Setiap ‘kasut kulit’ berukuran sepanjang 26 sentimeter dan dibuat sepenuhnya daripada coklat, termasuk pelapik dalam dan tali kasut.

Kasut itu boleh didapati dalam tiga rona perang cerah, gelap dan kemerah-merahan - selain turut nampak berkilat seperti kulit asli.

Okai berkata, proses mencapai hasil sesempurna itu mengambil masa lama dan pembelajar­an melalui kesilapan.

Setiap kasut dilengkapi aksesori penjagaan kasut termasuk pengiah kasut dan sebotol ‘krim kasut’ yang kedua-duanya juga diperbuat daripada coklat.

Mutu kerja dan penelitian diberi dalam menghasilk­an Gentleman’s Radiance dapat dilihat dengan harganya yang amat mahal - 29,160 yen (RM1,156).

Hanya sembilan pasang ‘kasut’ itu boleh dibeli melalui tempahan khas.

Tempahan untuk Gentleman’s Radiance dibuka antara 20 Januari hingga 7 Februari tahun depan dengan penghantar­an dibuat antara 7 hingga 14 Februari 2017, sempena Hari Valentine’s.

„ ‘Gentleman’s Radiance’ dijual sempena Valentine dengan harga RM1,156

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MACAM betul, kasut yang dibuat daripada coklat. - Agensi
MACAM betul, kasut yang dibuat daripada coklat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia