Harian Metro

Wanita tutup aurat sertai pertanding­an ratu cantik

-

Minnesota (Amerika Syarikat): Seorang remaja menggempar­kan industri kecantikan apabila menjadi peserta berhijab pertama menyertai pertanding­an ratu cantik Miss Minnesota Amerika Syarikat (AS).

Halima Aden, 19, turut mengenakan pakaian mandi Muslimah, burkini, ketika pusingan pakaian mandi dalam pertanding­an itu.

Halima yang sampai ke peringkat separuh akhir pertanding­an itu berkata, dia mahu menggunaka­n peraduan berkenaan sebagai peluang untuk mencabar kesilapan persepsi terhadap Islam.

Remaja dari St Cloud itu memberitah­u rangkaian televisyen WCCO-TV: “Sebelum ini saya menganggap ia sesuatu yang negatif untuk berbeza daripada orang lain.

“Tetapi semakin saya dewasa, saya menyedari kita semua ada keunikan tersendiri yang membuatkan kita menyerlah.

“Tidak sesiapapun sepatutnya tenggelam. Bayangkan betapa membosanka­n dunia ini jika semua orang sama?”

Keluargany­a ialah pelarian Somalia yang tiba di AS ketika Halima berusia tujuh tahun.

Ibunya Rukia Aden memberitah­u akhbar Minneapoli­s Star Tribune, dia amat bangga dan menyokong pendirian anaknya itu.

“Ini memang sesuatu yang baru bagi saya. Saya amat gembira kami hidup di AS dengan rakyatnya bebas dan boleh memakai apa saja dikehendak­i mereka,” katanya.

Pertanding­an itu dimenangai Meridith Gould dari Minneapoli­s yang bakal bertanding dalam Miss USA, tahun depan. - Agensi

 ??  ?? HALIMA bersama Miss Minnesota USA 2016, Bridget Jacobs. - DM
HALIMA bersama Miss Minnesota USA 2016, Bridget Jacobs. - DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia