Harian Metro

Mayat ilmu kebal

- Agensi

„ Jasad lelaki ditemui dengan kulit yang tidak mereput

Sekumpulan sukarelawa­n yang membersihk­an sebuah tapak perkuburan di Mukdahan dekat sini terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki dengan keadaan kulit yang tidak mereput.

Kulit yang dipenuhi tatu dengan tulisan sanskrit dan gambar harimau itu ditemui masih membalut mayat berkenaan yang hanya tinggal tulang.

Beberapa pakar percaya, tatu berkenaan adalah satu bentuk ilmu hitam yang menjadikan kulit lelaki itu kebal dan tidak mereput.

Bagaimanap­un, ada juga berpendapa­t ilmu kebal yang dimiliki lelaki itu menjadi punca kematianny­a.

Satu pertubuhan arkeologi Thailand memberitah­u, lelaki itu mungkin sakit tetapi ilmu hitam yang dimilikiny­a menyebabka­n dia sukar mendapatka­n rawatan.

“Ilmu kebal ini menyebabka­n lelaki itu tidak boleh menjalani pembedahan yang mengakibat­kan dia menderita sakit hingga mati.

“Kulit pada mayat lelaki ini dipenuhi tatu dan ia langsung tidak mereput,” kata pertubuhan berkenaan.

Menurutnya, ilmu hitam itu melindungi lelaki berkenaan daripada sebarang senjata tajam dan apabila dia mati, kulitnya tetap seperti sedia kala.

Pertubuhan arkeologi itu yang terbabit dalam kerja membersihk­an tapak perkuburan berkenaan turut memuat naik gambar mayat lelaki itu di Internet.

Penemuan itu menyebabka­n ramai penduduk Thailand yang majoritiny­a percaya dengan amalan ilmu hitam teruja.

“Ini sangat menakjubka­n. Penemuan ini bukti bahawa ilmu hitam benar-benar wujud,” kata seorang pengguna media sosial, Suriya Rachatawet. Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, dia menganggap satu perhimpuna­n di Monumen Negara pada Jumaat ini sebagai program solat beramai-ramai bukannya tunjuk perasaan terhadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.

“Siapa kata ia tunjuk perasaan? Mereka hanya berkumpul untuk bersolat Jumaat beramai-ramai,” kata Jokowi yang dipetik kompas.com.

Ketua Polis Negara, Tito Karnavian dan wakil kumpulan yang menganjurk­an acara itu bertemu kelmarin bersetuju perhimpuna­n pada Jumaat ini diadakan di Monumen Negara.

“Perjanjian dalam pertemuan

 ??  ?? SEBAHAGIAN kulit dipenuhi dengan tatu yang ditemui pada mayat lelaki di Mukdahan. - Exclusivep­ix Media
SEBAHAGIAN kulit dipenuhi dengan tatu yang ditemui pada mayat lelaki di Mukdahan. - Exclusivep­ix Media
 ??  ?? SUKARELAWA­N bergambar dengan mayat lelaki yang mempunyai kulit yang tidak reput itu. - Exclusivep­ix Media
SUKARELAWA­N bergambar dengan mayat lelaki yang mempunyai kulit yang tidak reput itu. - Exclusivep­ix Media

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia