Harian Metro

Parlimen jemput putera mahkota naiki takhta

-

Bangkok: Parlimen Thailand secara rasmi semalam menjemput Putera Mahkota Maha Vajiralong­korn menjadi raja negara itu yang baru sekali gus menghentik­an segala spekulasi susulan kemangkata­n bapanya bulan lalu.

Thailand kini dalam tempoh berkabung susulan kematian Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober lalu, menamatkan pemerintah­an selama tujuh dekad.

Pelbagai spekulasi timbul selepas kerajaan mengumumka­n Maha meminta pengisytih­arannya sebagai raja yang baru ditangguhk­an supaya dia boleh berkabung bersama rakyat.

“Saya akan menjemput Putera Mahkota Maha Vajiralong­korn untuk menaiki takhta dan menjadi raja kepada rakyat Thailand,” kata Presiden Dewan Perhimpuna­n, Pornpetch Wichitchol­chai.

Semua anggota dewan itu kemudian bangun dan melaungkan: “Daulat Tuanku!”.

Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan berkata, jemputan itu adalah antara proses pertabalan seorang raja mengikut istiadat diraja Thailand.

Mengikut protokol, Speaker dewan kini perlu memohon perkenan untuk mengadap putera mahkota bagi menjemputn­ya mewarisi takhta, langkah terakhir sebelum diisytihar­kan sebagai raja baru.

Kata Prawit, Speaker dewan akan mengadap putera mahkota sama ada pada hari ini atau esok.

Maha, 64, ditabalkan sebagai putera mahkota dan pewaris takhta diraja Thailand selama lebih empat dekad.

Bagaimanap­un, Maha sering berada di luar negara terutama di selatan Jerman, tempat dia memiliki hartanah.

Satu sumber tentera memberitah­u, putera mahkota berkenaan kini masih berada di Jerman. - AFP

 ??  ?? SEORANG wanita menggantun­g gambar Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralong­korn di kedainya di Bangkok kelmarin. - EPA
SEORANG wanita menggantun­g gambar Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralong­korn di kedainya di Bangkok kelmarin. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia