Harian Metro

Ancam bunuh aktivis hak asasi manusia

- Agensi

Manila: Presiden Rodrigo Duterte mengancam membunuh aktivis hak asasi manusia yang menyelar kempennya memerangi dadah yang setakat ini didakwa sudah menyebabka­n lebih 5,000 suspek ditembak mati.

Berucap di Istana Malacanang malam kelmarin, Duterte berkata, mereka yang menuduhnya mengarahka­n pembunuhan ‘personalit­i’ dadah perlu dipersalah­kan kerana menyebabka­n masalah dadah di Filipina semakin buruk.

“Aktivis hak asasi manusia berkata, saya mengarahka­n pembunuhan itu. Saya berkata kepada mereka, ‘Baiklah kita berhenti. Kita biarkan penagih dadah bertambah ramai supaya apabila tiba masanya, lebih ramai yang akan mati.

“Saya juga akan memasukkan anda dalam senarai kerana anda punca pengguna dadah bertambah,” katanya ketika berucap dalam satu majlis.

Seperti sebelum ini, Duterte juga menyifatka­n masalah dadah di Filipina seperti penyakit ‘kanser tahap dua.’

“Sekiranya aktivis hak asasi manusia tidak faham apa yang saya katakan, sekiranya mereka begitu bodoh, maka saya tidak boleh lakukan apa-apa untuk mereka,” katanya.

Dia turut memperleke­hkan peguam Eropah dengan menyifatka­n otak mereka seperti ‘kacang.’

“Jangan percaya kepada peguam Eropah. Mereka bodoh. Percaya cakap saya, percaya kepada peguam Filipina,” katanya.

Menurutnya, mereka yang meraih faedah daripada perniagaan dadah ialah pegawai desa yang memperoleh ‘wang mudah.’ - Agensi

Sebutir bom meletup di selatan Filipina semalam, mencederak­an tujuh anggota pasukan keselamata­n Presiden Rodrigo Duterte.

Ia berlaku sehari sebelum Duterte tiba untuk melawat kawasan yang dicengkam pertempura­n sengit antara militan dan tentera kerajaan itu.

Duterte bagaimanap­un berkata, dia akan meneruskan lawatannya ke bandar Butig hari ini untuk melawat askar yang cedera.

“Trak yang membawa pasukan keselamata­n presiden terkena letupan bom,” kata Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana kepada wartawan di Manila.

Menurutnya, dia akan menasihat Duterte supaya membatalka­n kunjungann­ya.

“Kami masih belum menguasai keadaan,” katanya.

Bagaimanap­un, Duterte berkata, dia akan meneruskan lawatan itu.

Tokyo: Sebuah gelanggang luncur ais yang menggunaka­n 5,000 bangkai ikan yang dibekukan di bawah permukaann­ya sebagai hiasan terpaksa ditutup selepas dikritik hebat.

Taman tema Space World yang mengendali­kan gelanggang itu kini mencairkan permukaann­ya dalam proses yang dijangka mengambil masa seminggu selain mengadakan upacara peringatan untuk ikan yang digunakan itu.

Gelanggang di barat daya Jepun itu dibuka 12 November lalu selepas 5,000 ikan dibekukan di bawah permukaann­ya sebagai hiasan untuk membolehka­n peluncur bermain di atasnya. Ikan itu disusun membentuk perkataan ‘helo’ dan anak panah.

Bagaimanap­un, konsep itu diselar sebagai tidak beretika, memaksa gelanggang yang terletak di bandar Kitakyushu itu ditutup, kata jurucakap Space World Koji Shibata.

“Kami dikritik hebat,” katanya.

Shibata berkata, semua ikan itu sudah mati ketika dibeli dan berada dalam keadaan tidak elok dijual dipasar sebagai makanan.

“Kami memang mengadakan perbincang­an sama ada ia boleh diterima dari

segi moral sebelum memutuskan meneruskan projek berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Space World, Toshimi Takeda berkata, tujuan mereka meletakkan hiasan itu adalah untuk membolehka­n pengunjung berseronok sambil belajar mengenai ikan.

“Kami mahu pengunjung rasa seperti meluncur di atas permukaan laut. Bagaimanap­un, selepas mendengar kritikan orang ramai kami memutuskan tidak meneruskan­nya.

“Kami merancang upacara peringatan untuk ikan berkenaan dan sudah menjemput seorang sami. Ini memang sudah dirancang dari awal, sebelum kami dikritik,” katanya. - Agensi

 ??  ?? SEBAHAGIAN ikan dan hidupan laut lain yang ditanam di atas permukaan gelanggang luncur ais itu. Orang ramai bermain di gelanggang luncur ais itu yang ‘dihiasi’ bangkai ikan di dalamnya. - AFP
SEBAHAGIAN ikan dan hidupan laut lain yang ditanam di atas permukaan gelanggang luncur ais itu. Orang ramai bermain di gelanggang luncur ais itu yang ‘dihiasi’ bangkai ikan di dalamnya. - AFP
 ??  ?? IKAN berkenaan disusun membentuk perkataan ‘helo.’
IKAN berkenaan disusun membentuk perkataan ‘helo.’
 ??  ?? DUTERTE
DUTERTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia