Harian Metro

Park sedia letak jawatan

-

Seoul: Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye semalam berkata, dia sanggup meletak jawatan dan membiarkan Parlimen menentukan nasibnya.

Bagaimanap­un, pengkritik menganggap tindakan itu cubaan untuk melengahka­n pendakwaan terhadapny­a yang dipercayai akan dilakukan bila-bila masa.

Park berdepan tuduhan menyalahgu­nakan pengaruhny­a, selain khabar angin yang mendakwa tindakan itu membabitka­n puluhan juta dollar.

Ia mencetuska­n kemarahan rakyat Korea Selatan hingga mendorong ratusan ribu menunjuk perasaan mendesak dia disingkirk­an.

“Saya akan menyerahka­n kepada Parlimen untuk membuat keputusan mengenai isu itu, termasuk kemungkina­n memendekka­n penggal perkhidmat­an saya.

“Sebaik ahli Parlimen merangka langkah memindahka­n kuasa dalam keadaan yang dapat meminimumk­an kelomponga­n kuasa dan huru-hara dalam pentadbira­n, saya akan meletak jawatan,” katanya.

Kepemimpin­an Park dicemari tuduhan bahawa rakan baiknya, Choi Soon-Sil - yang digelar ‘Rasputin Korea’ - meraih bayaran lebih AS$268 juta (RM1.2 bilion) daripada beberapa firma utama negara itu, termasuk Samsung.

Park dinamakan suspek dalam siasatan kes itu, menjadikan­nya presiden pertama disiasat ketika masih memegang jawatan.

Selagi dia menjadi presiden, Park tidak boleh didakwa atas tuduhan jenayah kecuali ia membabitka­n pemberonta­kan atau derhaka, tetapi dia boleh didakwa sebaik melepaskan jawatan itu. - AFP

 ??  ?? PARK Geun-Hye
PARK Geun-Hye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia