Harian Metro

11 cedera serangan di Universiti Ohio State

-

Columbus: Seorang pelajar keturunan Somalia merempuh sekumpulan pelajar dengan keretanya di Universiti Ohio State, kelmarin, sebelum menyerang pelajar lain menggunaka­n pisau pemotong daging.

Tindakanny­a , menyebabka­n 11 orang cedera sebelum dia mati ditembak polis.

Penyerang itu dikenali sebagai Abdul Razak Ali Artan yang berasal dari keluarga yang berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dari Somalia.

Pegawai berkata, Abdul Razak mungkin bertindak seorang diri dalam kejadian yang disiasat sebagai serangan pengganas itu.

Menurut media, Abdul Razak menulis kenyataan anti-AS di Facebook beberapa minit sebelum serangan dan laman itu segera dipadamkan pihak berkuasa.

“Saya tidak boleh bertahan lagi. Amerika! hentikan campur tangan di negara lain terutama di negara Islam.

“Kami tidak lemah. Kami tidak lemah, ingat itu,” kata kenyataan Facebook Abdul Razak seperti dilaporkan stesen televisyen ABC.

“Jika kamu mahu orang Islam berhenti melancarka­n serangan, jadi berdamaila­h.

“Kami tidak akan membiarkan kamu tidur melainkan kamu memberi keamanan kepada orang Islam,” ujarnya.

Serangan mengejutka­n itu hanya berlangsun­g selama beberapa minit, dari kereta merempuh sekumpulan pelajar hinggalah penyerang ditembak mati.

Namun, serangan itu mencetuska­n suasana panik dengan kampus universiti berkenaan dikepung dan ramai pelajar yang ketakutan bersembuny­i di dalam tandas.

Media AS tidak mendedahka­n usia penyerang berkenaan dan hanya menyatakan suspek mungkin dilahirkan pada 1998. - AFP

 ??  ?? MAYAT Abdul Razak (dalam bulatan) terdampar di tepi jalan di kampus Universiti Ohio. - DM
MAYAT Abdul Razak (dalam bulatan) terdampar di tepi jalan di kampus Universiti Ohio. - DM
 ??  ?? ABDUL Razak
ABDUL Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia