Harian Metro

Lucknow kami datang!

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

„ MHC terima tawaran FIH sertai Piala Dunia Remaja di India

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) mengambil keputusan untuk menerima tawaran Persekutua­n Hoki Dunia (FIH) menghantar pasukan remaja negara beraksi pada Piala Dunia Remaja di India dari 8 hingga 18 Disember ini.

FIH menarik semula penyertaan Pakistan yang layak secara merit kerana gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan badan induk itu.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata, meskipun tawaran itu hadir agak lewat, namun pihaknya berpendapa­t ia peluang terbaik yang tidak boleh dilepaskan begitu saja.

“MHC dimaklumka­n oleh FIH hari ini (semalam) untuk menyertai Piala Dunia Remaja di Lucknow. Menurut FIH, Malaysia pasukan terbaik yang layak untuk dijemput ke saingan Piala Dunia Remaja di India.

“Perkara ini sudah dibincangk­an dengan ahli Lembaga Eksekutif hari ini dan mereka bersetuju untuk menyertai saingan itu selepas mengambil kira nasihat Datuk Ow Soon Kooi (Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han) dan Terry Walsh (Pengarah Teknikal).

“Pasukan remaja akan mengambil bahagian pada kejohanan ini. Ia satu pengalaman dan pendedahan yang baik kepada pemain,” katanya.

Subahan turut menegaskan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sudah dimaklumka­n mengenai perkara itu dan kedua-duanya memberikan lampu hijau.

FIH dalam kenyataany­a semalam kesal kerana Pakistan tidak dapat mengambil bahagian walaupun mereka layak secara merit.

Skuad remaja negara gagal melayakkan diri secara merit selepas menduduki tempat kelima pada Piala Remaja Asia di Kuantan tahun lalu.

“Ia permulaan baik buat Malaysia dan kami sudah bersedia untuk mengharung­i perlawanan seterusnya berdepan Australia,” kata Nicol.

Sementara itu, Pengarah Kejurulati­han Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), S Maniam berkata, ia permulaan yang baik buat Sivasangar­i dalam aksi sulung kejohanan peringkat senior.

“Selepas itu Nicol pula berjaya menguasai permainan dengan cemerlang untuk mencatat kemenangan dalam tempoh 21 minit. Bagaimanap­un, Delia mempamerka­n aksi yang tidak menentu tapi akhirnya berjaya mencatat kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Australia juga tidak berdepan masalah untuk menang 3-0 ke atas Austria dalam satu lagi aksi kumpulan sama.

 ??  ?? AKSI pemain hoki negara, Haziq Shamsul (kanan) pada kejohanan Hoki Remaja Asia tahun lalu.
AKSI pemain hoki negara, Haziq Shamsul (kanan) pada kejohanan Hoki Remaja Asia tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia