Harian Metro

SSPL utamakan saingan berkualiti

-

Kuala Lumpur: Lebih menarik dan berkualiti, itu janji Ketua Pegawai Eksekutif Purple League Sdn Bhd, Datuk Jack Koh menjelang musim ketiga SS Purple League (SSPL) yang akan bermula 12 Disember ini.

Menurutnya, beliau bangga apabila mendapati senarai pemain yang disahkan oleh setiap kelab mengandung­i pemain ternama dari 14 buah negara termasuk bekas juara dunia dan pemain nombor satu dunia.

“Sebenarnya ia satu cabaran besar buat kami untuk bersaing dengan beberapa liga lain di rantau ini dan kami memang mengharapk­an sokongan serta publisiti pihak penaja serta media,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran SSPL musim 2016-17.

Jelasnya, beliau juga berasa bangga dengan kehadiran Presiden Persekutua­n Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen semalam sekali gus memberi jaminan SSPL mendapat pengiktira­fan badan induk dunia itu.

“Kami sudah berada di landasan tepat dengan sasaran membawa pemain bertaraf dunia dan menganjurk­an liga berkualiti. Kami juga bangga kerana sejak musim pertama menjadi pelopor penggunaan sistem 11 mata yang sedang diuji BWF sekarang.

“Musim ini juga kami cuba membawa liga ini kepada masyarakat dengan penganjura­n di tiga lokasi berbeza di Gem In Mall (Cyberjaya), Stadium Badminton Kuala Lumpur (Cheras) dan Arena of Stars (Genting Highlands). Selain membabitka­n diri dalam program bersama pelajar di 20 buah sekolah.

“Bekas pemain dan legenda badminton negara yang mempunyai peranan di setiap kelab akan berkongsi pengalaman dan menganjurk­an program klinik. Mereka (pelajar sekolah) boleh bergaul dengan legenda badminton negara, tidak seperti dulu hanya melihat melalui televisyen,” katanya.

SSPL yang menyediaka­n hadiah wang tunai keseluruha­n RM1.5 juta akan menampilka­n bintang China, Zhao Yunlei yang akan menyertai Datuk Lee Chong Wei dan Goh V Shem bersama Kelab Badminton Petaling (KB Petaling).

Pemenang pingat perak beregu campuran Sukan Olimpik, Chan Peng Soon, Tan Boon Heong dan Zulfadli Zulkiffli akan membarisi Kelab Badminton Muar (KB Muar).

 ??  ?? KOH (dua kiri) bersama Hoyer Larsen (tengah) mempamerka­n cenderahat­i selepas melakukan gimik pelancaran Kejohanan SS Purple League 2016/17.
KOH (dua kiri) bersama Hoyer Larsen (tengah) mempamerka­n cenderahat­i selepas melakukan gimik pelancaran Kejohanan SS Purple League 2016/17.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia