Harian Metro

Rebut peluang diskaun barangan UFL

- Fatin Farhana Japre sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bahang kehangatan kejohanan Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix di Skudai, Johor Bahru Sabtu ini kian terasa.

Peminat acara sukan berbasikal bukan saja berpeluang berseronok dan menguji ketahanan fizikal masing-masing bahkan layak memenangi hadiah wang tunai, cabutan bertuah dan membeli produk Deuter dengan harga diskaun.

Pengurus Besar Universal Fitness & Leisure Sdn Berhad (UFL), Ahmad Termizi Mahmud berkata, pihaknya akan membuka gerai sepanjang HMMTB berlangsun­g.

“Peserta yang berdaftar layak membeli produk eksklusif Deuter yang terpilih dengan diskaun sebanyak 20 antara 50 peratus.

“Harga istimewa ini hanya sah pada hari itu saja demi sokongan penuh Deuter terhadap program berbasikal HMMTB.

“Antara barangan terpilih yang dijual adalah beg sandang siri Mountain Bike dan beg basikal seperti model Compact Exp 10, Exp 12 dan Exp 16.

“Jangan lepaskan peluang kerana tawaran ini tidak boleh dinikmati di semua outlet UFL dan hanya sah di program HMMTB saja,” katanya.

Menurutnya, sebagai pengedar eksklusif Deuter di ne gara ini, pelbagai produk baharu dipasarkan tahun ini.

“Produk terkini yang dipasarkan mempunyai pelbagai fungsi termasuk ‘bladder’ yang bertujuan menyimpan bekalan air.

“Bagaimanap­un ia boleh diubah suai kerana ‘bladder’ boleh ditanggalk­an dan sesuai untuk penunggang basikal lasak,” jelasnya.

 ??  ?? AHMAD Termizi (tengah) menyerahka­n produk Deuter kepada Pengarang Berita Harian Metro Noor Azam Aziz (kanan) dan Eksekutif Jualan NSTP Nurhidayah Gan Akid Gan.
AHMAD Termizi (tengah) menyerahka­n produk Deuter kepada Pengarang Berita Harian Metro Noor Azam Aziz (kanan) dan Eksekutif Jualan NSTP Nurhidayah Gan Akid Gan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia