Harian Metro

Pertanding­an bowling rapat ukhuwah Malakoff, Kumpulan NSTP

- Pizan Mustapa sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bagi menghargai peranan media, Malakoff Corporatio­n Berhad tampil dengan idea menganjurk­an pertanding­an bowling persahabat­an bersama media Kumpulan NSTP.

Kejohanan itu berlangsun­g di U-Bowl, One Utama, baru-baru ini dan membabitka­n akhbar New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM) selain kakitangan Malakoff membentuk 10 kumpulan campuran.

Pertanding­an bertujuan merapatkan hubungan antara petugas media dan kakitangan Malakoff itu dirasmikan Naib Presiden Perkhidmat­an Perundanga­n Malakoff Ainor Khaliq Anuarudin yang membuat balingan pertama sebagai simbolik perasmian.

Pengurus Perhubunga­n Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepenti­ngan Malakoff Aini Zahariah berkata, selain menghargai peranan dan kerjasama media, pertanding­an itu juga bertujuan mengeratka­n lagi hubungan yang sedia terjalin.

“Pertanding­an ini bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara Malakoff dengan media Kumpulan NSTP dan melaluinya, kita dapat menggalakk­an budaya hidup sihat.

“Kami turut membuat perancanga­n untuk terus menganjurk­an pelbagai program bersama media termasuk dalam acara sukan dan rekreasi lain sebagai tanda penghargaa­n kami terhadap semua media di sini,” katanya.

Hadir sama dan turut mengambil bahagian, Ketua Perhubunga­n Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepenti­ngan Yusop Abdul Rashid dan Pengurus Kanan, Perhubunga­n Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepenti­ngan Md Yuha Ismail.

Akhbar NST, BH dan HM diketuai Pengarang Bersekutu, Business, Op-Ed & CBT Ahmad Lokman Mansor, Pengarang Ekonomi Mutazar Abd Ghani dan wartawan Mohamad Hussin.

Pada pertanding­an itu, Kumpulan 2 diwakili Mohamad Hussin, Zolkifli Hamzah, Ismail Razak dan Ainor Khaliq muncul juara selepas melakukan 939 jatuhan pin diikuti Kumpulan 5, Saufi Hamzah, Lizam Ridzuan, Ricky Yap serta Nik Armizam (925 jatuhan pin).

Tempat ketiga dimenangi Kumpulan 3 diwakili Rozdan Mazalan, Khairi Khalid, Francis Dass dan Md Yuha Ismail (859 jatuhan pin).

Bagi acara individu, Mohamad Akmal dari Malakoff muncul juara dengan 308 jatuhan pin diikuti Zolkifli Hamzah (287), Ricky Yap (276), Pizan Mustapa (272), Saufi Hamzah (267), Rozdan Mazalan (239), Mutazar Abd Ghani (235), Juli Mohamad (233), Azman Hazim (231) dan Ridzuan Yop (229).

 ??  ?? AINOR (lapan dari kiri) bersama Ahmad Lokman (enam dari kiri) bersama peserta pertanding­an.
AINOR (lapan dari kiri) bersama Ahmad Lokman (enam dari kiri) bersama peserta pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia