Harian Metro

Peluang Murray raih Personalit­i Sukan Tahunan BBC cerah

-

London: Andy Murray

berpeluang menutup tahun ini dengan anugerah Personalit­i Sukan Tahunan BBC buat kali ketiga apabila pemain nombor satu dunia itu memenangi Wimbledon dan Olimpik.

Bintang berusia 29 tahun itu yang pernah memenangi anugerah individu itu pada 2013 dan 2015, salah seorang daripada 16 calon yang diumumkan kelmarin. Semua yang dicalonkan terdiri daripada mereka yang pernah memenangi pingat buat Britain di temasya Olimpik dan Paralimpik Rio tahun ini.

Bintang bola sepak Jamie Vardy dan Gareth Bale serta pemain golf Danny Willett adalah calon berkecuali.

Vardy menjadi calon kerana jaringanny­a ketika membantu Leicester menjuarai Liga Perdana manakala Bale pula menjadi tulang belakang kejayaan Real Madrid di Liga Juara-Juara selain menjadi nadi kejayaan Wales di saingan Euro 2016.

Willett turut tersenarai kerana memenangi Masters AS.

Murray menjadi calon pilihan walaupun dijangka mendapat tentangan sengit

(gambar)

Nick Skelton.

Bintang acara menunggang kuda itu cukup hebat ketika mengendali­kan Big Star, empat tahun selepas dia memenangi emas acara berpasukan di London dan pada usia 58 tahun, dia tetap menyerlah.

Dia muncul pemenang Olimpik tertua Britain dalam tempoh 108 tahun selepas Joshua Millner yang memenangi emas acara menembak pada usia 61 pada 1908. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia