Harian Metro

Woods akhiri ‘pertapaan’

- AFP

T(gambar)

iger Woods memberi petanda dia sedia untuk kembali mencabar selepas berehat selama 16 bulan apabila dengan mudah mengatasi pukulan drive juara Olimpik Justin Rose di Kelab Albany Nassau di Bahamas, semalam.

Juara kejohanan utama sebanyak 14 kali itu tampil pada kejohanan Cabaran Dunia Hero yang akan bermula esok yang mana dia akan bermain bersama bintang Piala Ryder Amerika Syarikat Patrick Reed.

Dia berganding dengan Rose yang kini bergelar warga Albany sejak dua setengah tahun lalu dan kawasan kediaman eksklusif itu turut dihuni legenda besbol New York Yankees Derek Jeter dan pemenang Siri Dunia Tino Martinez.

Woods yang melabuhkan kapal layar mewahnya ‘Privacy’ di jeti berdekatan kediaman Rose di pulau itu, dilihat cukup santai dan tenang setiap kali membuat pukulan sepanjang sembilan lubang di kelab itu.

Tidak ada sebarang catatan rasmi dibuat tetapi difahamkan, Woods yang hanya mengenakan seluar pendek, mencatat satu atas par 36.

Perkara paling menarik yang dilakukan di sembilan lubang itu ialah apabila membuat pukulan drive sejauh 350 ela di lubang par empat, 40 ela lebih jauh berbanding pukulan Rose.

Rose kembali bermain selepas berehat selama tujuh minggu gara-gara kecederaan dan dia dilihat lebih berkarat berbanding Woods yang akan beraksi buat kali pertama sejak berkongsi kedudukan di tangga ke-10 di Kejohanan Wyndham, 465 hari lalu.

“Saya gembira dengan cara saya memukul bola walaupun angin bertiup dari arah yang tidak menentu,” kata Woods.

“Green di sini agak laju tambahan pula angin kencang serta cuaca yang tidak menentu tapi saya yakin ia tidak akan mendatangk­an masalah.”

„ Selepas berehat panjang, Woods beri isyarat untuk kembali kibar saingan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia