Harian Metro

REDS MAMPU JUARAI LIGA: SOUNESS

- AFP

„ Bekas kapten Liverpool yakin pasukan itu terus kekal aksi cemerlang walau kehilangan khidmat Coutinho

London

Legenda Liverpool Graeme Souness percaya Chelsea akan menjadi pencabar terkuat Reds dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kelab Merseyside itu yang kali terakhir muncul juara pada 1990, kini ketinggala­n satu mata di belakang pendahulu Chelsea.

Liverpool mengalahka­n Sunderland 2-0 minggu lalu tetapi pemain tonggak Philippe Coutinho mengalami kecederaan buku lali yang agak serius.

Pemain Brazil itu sudah meledak lima gol liga musim ini tetapi bekas pemain tengah Scotland Souness berkata, Liverpool mempunyai sumber yang cukup untuk mengisi kekosongan ditinggalk­an pemain itu.

“Sudah tentu ia sesuatu yang agak mengecewak­an. Tapi saya pernah menjadi kapten Liverpool dan dilabel sebagai antara pemain harapan. Saya pernah diketepika­n selama 10 perlawanan namun pasukan kami tetap menang semuanya,” kata Souness yang kini pengulas sukan bersama Sky Sports.

“Pada awal musim, saya jangkakan mereka mungkin menamatkan saingan di kelompok empat teratas tapi kini saya yakin mereka mampu mencatat keputusan lebih baik,” kata Souness yang menang lima gelaran liga dan tiga Piala Eropah sepanjang beraksi di Anfield.

“Tapi kita belum lagi memasuki Disember. Pernah satu ketika, kami tewas di tangan Manchester City pada perlawanan pertama selepas Krismas dan ketika itu kami menduduki tangga ke-12. Semua berasakan kami akan tersungkur teruk tapi ia tidak berlaku.

“Justeru, untuk mengatakan pasukan mana yang akan menang ketika ini sesuatu yang amat sukar. Tapi berdasarka­n pendapat saya, Chelsea kelihatan sangat menakutkan.

“Mereka tidak perlu menguasai bola untuk menang perlawanan. Liverpool perlu menguasai bola begitu juga dengan Manchester City, Arsenal. Chelsea bermain dengan sempurna. Mereka sukar untuk dikalahkan.

“Mereka kelihatan tahu apa yang perlu dilakukan dan Diego Costa serta Eden Hazard amat mengancam. Tapi keadaan itu tidak mustahil berubah bulan depan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia