Harian Metro

Mourinho berdepan tindakan

-

London: Jose Mourinho berdepan tuduhan salah laku oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris selepas beliau diarah duduk di tempat penonton ketika Manchester United seri 1-1 dengan West Ham, Ahad lalu. Ia kali ketiga musim ini pengendali dari Portugal berusia 53 tahun itu didakwa FA Inggeris – beliau pernah digantung dan didenda selepas bertelagah dengan pengadil Mark Clattenbur­g selain turut didenda agak berat kerana mengkritik pelantikan pengadil perlawanan.

Kali ini, beliau mungkin digantung selepas pengadil Jonathan Moss mengarahka­n beliau duduk di tempat penonton pada perlawanan Liga Perdana di Old Trafford.

Mourinho diarah meninggalk­an tepi padang pada babak pertama kerana menendang botol air gara-gara berang apabila Moss melayangka­n kad kuning kepada Paul Pogba yang didapati sengaja menjatuhka­n badan.

“Jose Mourinho didakwa selepas insiden perlawanan Manchester United dengan West Ham United, Ahad lalu,” kata FA dalam laman Twitter.

“Ia berkaitan dengan kelakuanny­a pada minit ke-27 dan ia adalah satu salah laku.

“Beliau mempunyai tempoh hingga jam 6 petang, 1 Disember 2016 untuk menjawab tuduhan ini.”

Ia bukan kali pertama Mourinho berselisih faham dengan Moss.

Musim lalu, ketika mengendali­kan Chelsea, Mourinho pernah bertelagah dengan pegawai sama dalam satu perlawanan menentang West Ham dan beliau dikenakan hukuman gantung satu perlawanan. - AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia