Harian Metro

Gol Icardi julang Inter

- AFP

„ Benam Fiorentina yang beraksi dengan 10 pemain selepas Rodriguez dilayang kad merah

Kapten Mauro Icardi meledak dua gol ketika Inter Milan mengetepik­an cabaran Fiorentina 4-2 pada aksi Serie A di San Siro.

Inter memulakan cabaran dengan dibimbing jurulatih baharu Stefano Pioli menerusi keputusan seri 2-2 dengan AC Milan minggu lalu.

Walaupun agak goyah pada permulaan aksi menentang Fiorentina, bekas pengendali Lazio itu tetap diberikan tepukan gemuruh penyokong selepas anak buahnya berjaya mengatasi lawan sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu Juventus kepada 12 mata.

Inter yang tewas 1-4 kepada Fiorentina musim lalu, mendahului 3-0 selepas Marcelo Brozovic, Antonio Candreva dan Icardi memanfaatk­an kesilapan pertahanan pelawat untuk menewaskan penjaga gol Ciprian Tatarusanu dalam tempoh 20 minit pertama.

Walaupun cuba bangkit pada hujung babak pertama menerusi jaringan Nikola Kalinic, impian Fiorentina untuk terus melawan musnah apabila kapten Gonzalo Rodriguez dilayangka­n kad merah kerana mengasari Icardi.

Namun Inter gagal menghalang gol kedua pelawat apabila Josip Ilicic menghasilk­an jaringan dan Icardi berkata: “Kami berjaya menguasai permainan pada babak kedua dan kami tidak sepatutnya melepaskan gol. Kami sepatutnya bermain lebih baik.

“Saya tidak tahu sebab sebenar tapi kami sepatutnya mampu memastikan kemenangan dengan lebih baik terutama apabila kami mendahului.”

Terdahulu, Gregoire Defrel masuk sebagai pemain gantian untuk menyamakan kedudukan dan membolehka­n Sassuolo mengikat Napoli 1-1 di San Paolo.

Napoli yang mendominas­i permainan berada di ambang kemenangan 1-0 dan jika berjaya berbuat demikian, mereka hanya ketinggala­n enam mata di belakang Juventus menerusi jaringan Lorenzo Insigne pada minit ke-42.

Bagaimanap­un Sassuolo yang muncul pasukan Serie A pertama membariska­n semua pemain tempatan dalam kesebelasa­n utamanya, perlu berterima kasih kepada Defrel yang menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-82.

Paris: Edinson Cavani sedang meniti tempoh paling cemerlang dalam kariernya di Liga Perancis dan memburu jaringan ke-100 bersama Paris Saint-Germain apabila juara bertahan itu melayan kunjungan Angers, awal pagi esok.

Penyerang Uruguay itu menjaringk­an kedua-dua gol ketika PSG menang 2-1 di Lyon, Ahad lalu dan mengumpul 99 jaringan bersama kelab yang disertainy­a dari Napoli pada 2013.

Walaupun pernah diselar kerana sering melepaskan peluang menjaringk­an gol, Cavani dilihat lebih menyerlah sejak ketiadaan Zlatan Ibrahimovi­c dan setakat ini dia sudah meledak 18 gol sepanjang 17 perlawanan musim ini.

Jumlah itu meletakkan dirinya di tangga keempat senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat kelab, satu gol di belakang Dominique Rocheteau dan dua gol di belakang Pedro Pauleta serta Ibrahimovi­c.

“Dia penjaring kami. Kami hanya perlu memberikan dia keyakinan untuk melaksanak­an tugasnya dan dia sentiasa berusaha keras buat pasukan,” kata jurulatih Unai Emery.

PSG akan melayan kunjungan Angers di Parc des Princes dalam usaha melebarkan catatan kemenangan kepada 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an sekali gus mengukuhka­n cabaran menguasai tangga teratas liga.

Angel di Maria boleh diturunkan apabila disahkan sembuh daripada kecederaan manakala Javier Pastore turut boleh bermain tetapi Layvin Kurzawa serta Adrien Rabiot masih lagi cedera. - AFP

 ??  ?? CAVANI (kanan) sudah menjaringk­an
18 gol dalam 17 perlawanan.
CAVANI (kanan) sudah menjaringk­an 18 gol dalam 17 perlawanan.
 ??  ?? ICARDI (kiri) diasak pemain Fiorentina.
ICARDI (kiri) diasak pemain Fiorentina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia