Harian Metro

Johor DT diiktiraf kerajaan negeri

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: Segala usaha Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terutama meningkatk­an kualiti bola sepak di Johor mendapat pengiktira­fan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, kerajaan negeri amat berbangga dengan perkembang­an bola sepak di negeri itu yang kini dikenali bukan saja di Malaysia malah di luar negara.

Katanya menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers semalam, Tunku Ismail berjaya menerajui dan memastikan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) satu-satunya pasukan yang bersaing di Liga Malaysia (Liga-M) berjaya diswastaka­n seperti yang tertakluk dalam Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC).

“Perkembang­an sukan nombor satu ini berada di landasan tepat hingga Johor DT melakar sejarah dan semuanya hasil usaha Tunku Ismail yang sentiasa melihat ke hadapan bagi memajukan sukan berkenaan.

“Selain mempunyai pelan pembanguna­n bola sepak hebat, kewangan kelab yang stabil dititik berat dengan perbelanja­an berhemah dan terkawal selain pengurusan lebih tersusun tatkala Johor DT memiliki stadium dan pusat latihan di Padang Seri Gelam yang tercanggih dan moden.

“Menerusi wawasan Tunku Ismail dalam membangunk­an bola sepak di negeri ini jelas menjadi pemangkin untuk penyatuan Bangsa Johor malah saya percaya sudah pasti rakyat Johor melihat Tunku Ismail sebagai ikon dalam sukan berkenaan,” katanya yang juga Naib Presiden I Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Zulkurnain juga menegaskan Tunku

Ismail adalah pemimpin yang sentiasa berfikir di luar kotak dan mempunyai keberanian luar biasa yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun.

“Polisi Johor DT berjaya membawa kelab itu bukan saja memenangi kejuaraan Liga Super, Piala FA dalam saingan liga elit domestik malah kejayaan menjuarai Piala AFC musim 2015 sudah cukup menggambar­kan betapa perancanga­n rapi mampu membuahkan hasil,” jelas Zulkurnain.

 ??  ?? KRASNIQI (bawah) dipancing beberapa pasukan besar.
KRASNIQI (bawah) dipancing beberapa pasukan besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia