Harian Metro

‘Hati saya di Kedah’

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

„ Krasniqi luah hasrat mahu kekal hingga 2018

Bintang import Kedah, Liridon Krasniqi membayangk­an keinginan untuk kekal bersama pasukan itu bagi dua musim akan datang sekali gus merungkai teka-teki kemungkina­n dia akan berpindah ke pasukan lain selepas isu kontraknya heboh diperkatak­an penyokong sejak berakhirny­a Piala Malaysia, hujung bulan lalu.

Lebih istimewa, Krasniqi turut membuat pengakuan secara langsung menerusi laman sosial Facebook dan Instagram mengenai keinginann­ya untuk terus bersama juara Piala Malaysia itu bagi dua musim akan datang.

Dia berkongsi berita itu bersama ribuan peminat setia Hijau Kuning apabila mengepos: “Hati saya masih di sini (Kedah) dan saya mahu anda tahu saya akan terus bersama Kedah selama dua tahun lagi hingga 2018.”

Klip video ringkas itu kemudian diteruskan dengan gimik ‘menandatan­gani’ surat tanda setuju untuk bersama Kedah musim depan.

Ternyata berita itu mengundang perasaan gembira penyokong yang selama ini menanti keputusan sama ada Krasniqi kekal atau sebaliknya bersama Kedah kerana kontraknya berakhir hari ini.

Krasniqi pemain yang mempunyai karakter menarik selaku perancang utama yang sentiasa mencipta gerakan dan lorongan menarik kepada penyerang Helang Merah.

Sebelum ini, dia dikatakan dipancing beberapa pasukan gergasi Liga Malaysia berikutan kemampuan dan kemahiran individu hebat dipamerkan­nya sepanjang Liga Super musim 2016.

Dalam perkembang­an sama, pengurus Kedah Datuk Jeffrey Low berkata, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih menanti jawapan rasmi daripada Krasniqi dan berita penyambung­an kontrak itu akan dimaklumka­n jika pemain itu sudah kembali dan menandatan­gani kontrak di sini.

“Kami masih menanti... tunggu lepas Liridon tandatanga­n, lepas itu kami akan umum kepada semua secara rasmi nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia