Harian Metro

Anak buah Bernhardt mesti lebih waspada

-

Kuala Lumpur: Kegagalan skuad Harimau Malaysia pada Piala AFF seharusnya menjadi peringatan buat Skuad Projek Sukan SEA 2017 bahawa cabaran mereka untuk merangkul pingat emas pasti lebih sukar daripada apa yang difikirkan sebelum ini.

Jika sebelum ini Thailand, Vietnam, Indonesia dan Singapura dianggap pencabar hebat, skuad kendalian Frank Bernhardt

perlu berwaspada dengan kehadiran Myanmar dan Kemboja.

Myanmar yang menyingkir­kan skuad senior dengan kemenangan 1-0 dalam saingan Kumpulan B Piala AFF di Yangon Sabtu lalu memiliki 11 pemain bawah 22 tahun (B-22) yang layak beraksi di Sukan SEA tahun depan termasuk penyerang utama Aung Thu.

Perkembang­an

pemain muda Myanmar dilihat konsisten apabila layak ke pusingan akhir Piala Dunia B-20 di New Zealand tahun lalu dan memenangi perak Sukan SEA 2015 di Singapura selepas tumpas kepada Thailand 0-3.

Kemboja kalah tipis 2-3 kepada Malaysia mempunyai 11 pemain B-22 cuma malangnya penjaring dua gol dan kapten Chan Vathanaka tidak layak bersama pasukan di Sukan SEA kerana berusia 23 tahun Januari ini.

Menurut Bernhardt, kebangkita­n yang dipamerkan pasukan yang dianggap belasahan sebelum ini harus diberi perhatian.

“Sudah pasti (Myanmar dan Kemboja pasukan yang bagus). Ia bukan sesuatu yang mengejutka­n. Kami perlu bersedia untuk berdepan apa saja kesukaran nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia