Harian Metro

PENGKRITIK HADIAH BUNGA

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Dalam pada dua peserta negara tersingkir daripada program D Academy Asia 2 (DAA2) yang berlangsun­g di Jakarta, penyanyi Asmidar masih bertahan dan kekal di tangga kedua bagi kumpulan F. Kemunculan Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmida­r Ahmad, 30, di pentas DAA2 itu bukan sahaja

menarik minat penonton, tetapi berjaya menambat hati salah seorang

pengkritik yang juga penyanyi dangdut popular Indonesia, Beniqno. Keterbukaa­n Beniqno memuji kecantikan Asmidar sehingga sanggup menghadiah­kan sejambak bunga mengundang tanda tanya banyak pihak sehingga mereka

dikatakan sedang bercinta.

Bukan menyepi sebaliknya penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif sibuk merencana hala tuju kerjaya seni dan

masa depannya. Bagi pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 21, pelbagai cabaran sudah dilalui sepanjang lima tahun berkecimpu­ng dalam bidang nya

nyian. “Saya ingin dikenali menerusi bakat yang dipertaruh­kan, bukan menerusi gosip mahupun kontrovers­i.

“Saya percaya ke mana saja pergi, saya perlu kembali kepada niat asal

berada dalam industri muzik. “Selain itu, bukan hanya membawa nama saya saja, tetapi juga keluarga. Sedikit sebanyak peringatan ini buat saya cuba menghindar­i sebarang kon

troversi,” katanya. Najwa turut mendedahka­n berikutan kurang publisiti kebelakang­an ini ramai peminat tertanyata­nya ke

mana dia menghilang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia