Harian Metro

TEKANAN BERTUKAR SEManGaT

- DARI MUKA 1

Malah, perkara itu turut menarik perhatian kebanyakan program hiburan TV di sana.

“Mana ada kami bercinta. Semua itu gosip. Kami baru saja berkenalan dalam rancangan ini dan tidak lebih daripada itu. Abang Ben hanya menyatakan dia peminat saya selepas beberapa kali melihat persembaha­n saya.

“Malah dia selalu cakap, saya perlu fokus dalam pertanding­an ini. Mengenai pemberian bunga, ia sebagai pembakar semangat dan galakan agar saya terus berusaha. Saya sangat menghargai apa yang dinyatakan. Saya berharap kami dapat berkawan baik walau selepas tamat pertanding­an ini nanti,” katanya.

Asmidar yang kini berada dalam kelompok top 18 disebut-sebut antara peserta yang bakal melangkah ke peringkat akhir.

Perkara itu sekali gus membuatkan penyanyi lagu Biar Sampai Ke Bintang ini berasa tertekan dan perlu memberikan persembaha­n terbaik pada setiap minggu.

“Semua peserta berlumba-lumba untuk mara ke peringkat seterusnya. Peningkata­n mereka sangat laju. Memandangk­an ini program realiti, apa saja kemungkina­n boleh berlaku. Jadi saya menyerahka­n segala keputusan kepada juri untuk menilai.

“Pada masa sama saya berserah kepada takdir dan rezeki Allah. Apa saya boleh lakukan adalah berusaha sehabis baik.

“Tekanan yang dirasai saya tukar menjadi semangat untuk terus bereksperi­mentasi dengan muzik dangdut dan genre lain. Tekanan ini juga membuatkan saya tidak mudah putus asa,” katanya.

Usaha dan kerja keras Asmidar yang juga juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR) musim pertama ini dilihat berbaloi apabila berjaya mengumpul peminat di negara jiran.

Lebih menarik, penyokong Asmidar di sana menubuhkan kelab peminat Asmidarlin­gs_indo bagi menyokong perjuangan­nya dalam pertanding­an itu.

“Alhamdulil­lah, mereka menerima kehadiran saya dengan baik. Mereka sanggup mewujudkan kelab peminat dan akaun Instagram sebagai tanda menyokong saya.

“Sudah dua persembaha­n saya mereka hadir memberikan sokongan. Bukan saja peminat di Indonesia, malah ada dari Malaysia dan Brunei. Saya sangat bersyukur dan menghargai usaha mereka,” katanya.

Sepanjang lebih sebulan menyertai pertanding­an yang pernah disertai

Shiha Zikir itu, Asmidar mengakui banyak menimba pengalaman baru.

Selain dapat mendalami ilmu vokal dan muzik, Asmidar dididik untuk lebih berdikari membabitka­n jadual kerja.

“Bertanding di pentas Asia ini banyak membuka minda saya mengenai cara kerja, persembaha­n dan bagaimana menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baru. Ilmu muzik memang banyak saya peroleh, namun yang lebih berharga ialah saya perlu berdikari kerana keluarga tiada di sisi dan hanya ditemani rakan artis senegara.

“Saya dapati cara kerja di Indonesia juga berbeza. Jika di Malaysia, kita dimanjakan dengan latihan yang banyak dan susunan jadual yang teratur mengikut waktu, di sini latihan terhad dan jadual pula padat.

“Diakui perkara ini memberi tekanan mental dan emosi. Namun, ia menjadikan saya lebih peka dan sentiasa bersiap sedia lebih awal sebelum latihan bermula. Bagaimanap­un, pengalaman menyertai VBSR sedikit sebanyak membantu saya di sini,” katanya.

Selain Asmidar, lima penyanyi Malaysia yang bersaing di pentas sama ialah Syura, Zizi Kirana, Elda Susanti, Roger dan Jiwa. Namun, Syura dan Zizi sudah tersingkir. - Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??
 ??  ?? ASMIDAR mencium bunga yang diberikan Beniqno.
ASMIDAR mencium bunga yang diberikan Beniqno.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia