Harian Metro

Kate bermain dengan emosi

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Watak Selene dalam Underworld: Blood Wars lebih

mencabar berbanding empat episod sebelum ini

Selepas kejayaan empat filem Underworld, Kate Beckinsale kembali lagi sebagai Selene menerusi francais terbaru berjudul Underworld: Blood Wars arahan Anna Foerster.

Kali ini, Selene melarikan diri kerana diburu puak Vampire dan Lycan. Selena juga terpaksa menyembuny­ikan anaknya daripada menjadi mangsa kuasa jahat.

Dalam usaha itu,

Selene tidak bersendiri­an, sebaliknya dibantu David (Theo James) dan Thomas (Charles Dance) yang juga salah seorang ketua dalam majlis lembaga puak Vampire.

Diancam puak Lycan yang diketui Marius

(Tobias Menzies), Selene terpaksa bertarung nyawa sehinggala­h diminta kembali ke kubu puak Vampire oleh Semira (Lara Pulver) yang kini menggalas tanggungja­wab sebagai salah seorang ketua majlis lembaga.

Di luar pengetahua­n Selena, Semira sebenarnya mempunyai niat jahat dan mahu mengukuhka­n kedudukan sebagai pewaris kuasa puak itu.

Selene berjaya menyelamat­kan diri dengan bantuan David dan mereka bergerak ke utara bagi mendpatkan bantuan puak Nordic Coven.

Dalam satu temu bual, Kate berkata, dia menyukai semua fiem Underworld, namun pilihan utama tetap siri pertama.

“Filem pertama Underworld banyak mengubah hidup saya. Menerusi filem ini nama saya menjadi bualan ramai. Pun begitu, siri lain juga menarik dan tidak kurang hebatnya.

“Pendek kata saya suka semuanya. Underworld memaparkan sisi berbeza lakonan saya dan membuka mata banyak pihak,” katanya.

Menurutnya, Underworld: Blood Wars menyajikan banyak perkara baru yang pasti membuatkan penonton lebih teruja.

“Kali ini ada lebih banyak watak gelap, situasi baru, senjata hebat dan berbeza daripada karya terdahulu.

“Saya percaya penonton akan rasa lebih puas menontonya,” katanya.

Tambah Kate, watak Selena kali ini dikembangk­an dan lebih mencabar apabila ramai musuh mahukan darahnya yang dipercayai ada kuasa kebal.

“Selena bukan sahaja menjadi buruan puak Lycan, malah didambakan puak Vampire yang dahagakan kuasa.

“Ada babak dia diserang dan cedera parah. Kejadian itu menyebabka­n perang besar di antara puak Lycan dan Vampire.

“Watak Selena menuntut saya banyak bermain dengan emosi dan banyak pakai tenaga. Memang meletihkan tetapi saya puas,” katanya.

Selain sarat babak aksi, filem ini turut menawarkan kehebatan grafik yang membuatkan penonton seolah-olah terperangk­ap dalam perang besar.

Selain itu, ia turut menyelitka­n elemen kekeluarga­an malah naratifnya tidak meleret.

Underworld: Blood

Wars akan menggegark­an pawagam seluruh negara bermula 1 Disember ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DAVID lakonan Theo James (empa kiri) bersiap sedia untuk berperan
DAVID lakonan Theo James (empa kiri) bersiap sedia untuk berperan
 ??  ?? KATE sebagai Selene dalam satu babak.
KATE sebagai Selene dalam satu babak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia