Harian Metro

Iktibar pengalaman lalu

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Pengalam an lalu mengajar Elfee untuk lebih berhatihat­i agar tidak tertipu lagi malah dia kini lebih selesa menguruska­n sendiri kerjaya seni.

Pelbagai tohmahan diterima anak muda ini, tetapi dia tidak melatah apatah lagi menggunaka­n media sosial untuk meluahkan isi hatinya.

Berkat kesabarann­ya menghadapi segala rintangan, dia tampil dengan azam baru. Dia juga tidak mahu ambil pusing kata-kata orang sekeliling kerana apa yang lebih penting baginya adalah merealisas­ikan impian menjadi penyanyi terkenal.

“Mengejar cita-cita lebih penting daripada segala-galanya. Elok saya pekakkan telinga dan fokus pada kerja,” katanya.

Rancak membuat persiapan melancarka­n single baru berjudul Nadi Cinta dan Ketulusan Cinta, tiada siapa dapat menyekat dirinya untuk mara mengejar impian. Keduadua single itu dimuatkan dalam album penuh yang akan dilancarka­n penghujung Disember ini.

“Setiap apa yang berlaku ada hikmah dan ia tidak sedikit pun melemahkan semangat saya malah makin bersemanga­t memburu citacita. Sokongan keluarga, rakan karib dan media menyuntik keyakinan kepada saya untuk kembali aktif menyanyi.

“Disebabkan itu saya tidak gentar tampil dengan album penuh yang memuatkan lapan lagu. Jika mahu melihat sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang ini, saya mesti berani mencabar diri. Album ini juga sebahagian tanggungja­wab saya sebagai anak seni bagi merancakka­n lagi industri.

“Saya menyepi seketika bukan kerana meratapi nasib diri, tetapi mahu mengatur semula strategi dan pada masa sama turut menceburi bidang perniagaan. Saya mulakan dengan belajar berniaga makanan. Syukur saya dipertemuk­an dengan orang yang baik dan tidak lokek berkongsi rezeki serta ilmu niaga. Alhamdulil­lah dengan apa yang dilalui, kini saya lebih gembira dan tidak sabar bertemu peminat semula,” katanya.

Elfee atau nama sebenarnya Mohd Hefni bin Mohamed@Abdul Manap, kini menetap di Johor Bahru dan sering berulang-alik ke Kuantan, Pahang untuk urusan perniagaan­nya. Dia juga ke Brunei dan Indonesia untuk melihat peluang perniagaan di sana.

“Selepas berjaya menempuh ujian, Allah SWT menggantik­anya dengan sesuatu yang lebih berharga. Kawan saya semakin ramai dan mereka yang pernah menuduh saya dulu kembali menghubung­i saya. Tiada dendam di hati, apa yang sudah berlaku, biarlah ia berlalu pergi.

“Kepada yang menabur fitnah dan berniat jahat pada saya, saya serahkan untung nasibnya kepada Allah SWT,” katanya.

Elfee yang kehilangan ibu bapa turut menegaskan apa yang berlaku sebelum ini tidak menjadi kudis.

“Kehilangan ibu bapa sangat memilukan kerana mereka adalah ‘nyawa’ saya.

“Saya anggap setiap dugaan sebagai peringatan kepada diri sendiri untuk menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik. Mujur ada abang dan kakak yang menjadi sumber kekuatan saya sekarang,” katanya.

Sebelum menoktahka­n bicara, Elfee sempat berpesan kepada peminat supaya menyokong kemunculan albumnya pada Disember ini.

“Setiap lagu yang dimuatkan dalam album ini melambangk­an jiwa saya yang sebenar,” katanya.

Untuk mengenali

Elfee dengan lebih dekat boleh mengikuti perkembang­annya di Instagram @elfee_hefny.

Bagi Elfee, tiada siapa dapat menyekat

dirinya untuk mara mengejar impian

 ?? FOTO
BAJU INSTAGRAM: ??
FOTO BAJU INSTAGRAM:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia