Harian Metro

Tak semua hanya ‘flagship’

- DARI MUKA 1

Kegunaan kerap seperti kamera, Internet dan pastikan bajet cukup

Tambahan pula, jika ada yang memperoleh bonus nanti dan ingin berbelanja atau menukar gajet pada hujung tahun boleh mengikut cadangan IT@ Metro ini.

Bagi individu yang ingin mendapatka­n telefon pintar, tapi masih ragu-ragu dengan pilihan yang ada, barisan produk seperti siri Samsung Galaxy J paling hampir untuk disambar.

Sebelum memilih telefon masing-masing, cuba lihat kegunaan mengikut segmen yang kerap kita perlukan sama ada selfie, wefie, kerap melayan aktiviti ‘online’ atau gajet yang ngam-ngam bajet dalam poket.

Samsung Siri J mempunyai pilihan menepati ciri terbabit, misalnya jika anda minat berselfie atau berwefie boleh mencuba Samsung Galaxy J7 Prime atau J5 Prime.

Kedua-duanya berharga RM1,199 atau RM899 dan mempunyai kamera depan yang cukup baik untuk berbuat demikian.

Apatah lagi dengan mod selfie Wide Selfie yang boleh memuatkan ramai subjek dalam satu gambar jadi kalau mahu lebih enam individu bergambar bersama pun bukan satu masalah besar.

Biasalah apabila tangan sudah cukup panjang merakam foto, mungkin tidak tercapai butang rakam, tapi tidak mengapa kerana telefon ini mengesan gerakan tapak tangan dan merakam foto mengikut isyarat khas.

Kamera depan 8MP dengan apertur f1.9 bagi J7 Prime memang mengagumka­n untuk berselfie manakala resolusi 5MP dengan f2.2 untuk J5 Prime pun sudah cukup jika ciri fotografi terbabit menjadi pilihan anda.

J7 Prime mempunyai skrin 5.5 inci FHD TFT manakala J5 Prime pula

5.0 inci HD TFT dengan masing-masing lengkap pemprosesa­n 1.6GHz octa core serta 1.4GHz quad core pada RAM 3GB serta 2GB.

Manakala jika anda seorang yang gemar beronline dan memilih Facebook, Twitter, Instagram, Snapchat, WhatsApp dan macammacam lagi, model J7 (2016), J5 (2016) dan J3 (2016) patut jadi pilihan.

Ketiga-tiganya boleh didapati dengan warna emas, hitam atau putih.

Masing-masing dijual pada harga RM999, RM799 dan RM599 dan boleh dikatakan gajet bajet ngam sekiranya mahu agak dekat dengan flagship yang ada.

IT@Metro cadangkan J5 yang berada antara tengah-tengah apabila lengkap mod Penjimatan D ata Ultran (UD S) apabila memanfaatk­an penggunaan data optimum. Mudah kata, jimat data anda!

Menurut Samsung, UD S membolehka­n penjimatan sehingga 60 peratus jika anda pengguna aktif Instagram atau menonton YouTube dengan jimat data sehingga 50 peratus.

Mod UD S dalam siri ini juga memungkink­an penjimatan sehingga 50

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia