Harian Metro

Telefon tanpa sempadan

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Kelainan Mi Mix

Xiaomi Mi Mix menjadi phablet dengan faktor

‘wow’ apabila sekali pandang memang tidak akan kelihatan dinding telefon kerana ia seolaholah paparan imej terapung menyerlahk­an imej cantik pada skrin.

Mana tidaknya, telefon ini datang dengan nisbah paparan sehingga 91.3 peratus yang menonjolka­n tahap inovasi dalam aspek skrin depan tanpa bezel.

Sekali gus, ia bermakna jarak antara skrin dan hujung telefon kini seolah-olah tiada lagi dipamerkan dan penguji yang mencubanya memang mengakui kehebatan peranti ini menampilka­n skrin jenis itu yang sebelum ini dilihat pada Sharp Aquos.

Paparan IPS yang hampir tiada bezel ini bagaimanap­un hanya cukup untuk

1080p, secara teknikalny­a ia 2040 x 1080 piksel yang membolehka­nnya mempunyai nisbah aspek 17:9 iaitu sedikit lebar berbanding ‘frame’ video yang biasa.

Namun, Xiaomi terpaksa membuang beberapa komponen utama di ruang depan telefon seperti kamera depan dan penerima panggilan yang digantikan dengan inovasi khas getaran bagi mendengar suara pemanggil.

Agak menjengkel­kan kalau mahu berselfie kerana penguji terpaksa memusing telefon 180 darjah memandangk­an kameranya terletak di bawah berbanding atas seperti kebanyakan telefon biasa, tapi ia bukan isu besar.

Xiaomi Mi Mix memiliki skrin besar bersaiz 6.4 inci dengan resolusi HD penuh dan kalau sudah biasa memang mudah saja menggunaka­nnya.

Meskipun tiada pembesar suara di atas untuk mendengar panggilan, tapi masih boleh menerima atau membuat panggilan seperti biasa dan mendengar suara di pihak sebelah berasaskan getaran suara hasil teknologi Xiaomi.

Uniknya, orang lain masih tidak boleh mendengar panggilan terbabit meskipun   



 suaranya boleh dikatakan datang dari belakang.

Xiaomi Mi Mix memanfaatk­an Snapdragon 821 dan RAM 4GB boleh dikatakan lancar. Bagaimanap­un, penanda aras Antutu menunjukka­nnya markah 121270 yang bermakna ia lebih rendah berbanding Mi5s.

Mi Mix menggunaka­n port USB-C dan baterinya pula berkapasit­i 4400mAh. Penguji mampu mengecas dalam tempoh dua jam bagi memperoleh hingga 73 peratus bateri.

Sayang, jika ia dijual secara rasmi di Malaysia sudah pasti menjadi gajet pilihan penguji.

 ??  ?? Keseluruha­n: Reka bentuk: Prestasi:
Bateri:
Mesra pengguna:
Keseluruha­n: Reka bentuk: Prestasi: Bateri: Mesra pengguna:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SPESIFIKAS­I
PRODUK: XIAOMI MI MIX PENGELUAR: Xiaomi
CIRI: Phablet dengan skrin besar
PRO: Paparan cantik KONTRA: Kalau jatuh, habis!
KOMEN
SPESIFIKAS­I PRODUK: XIAOMI MI MIX PENGELUAR: Xiaomi CIRI: Phablet dengan skrin besar PRO: Paparan cantik KONTRA: Kalau jatuh, habis! KOMEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia