Harian Metro

Belajar BM Senang Jek

- Wan Nur Ameera Meor Rozman it@hmetro.com.my

Aplikasi pendidikan terbaru tarik minat anak belajar sambil berhibur

Sebagai ibu bapa, untuk memantapka­n akademik anak-anak sempena musim cuti persekolah­an ini, anda boleh cuba memuat turun aplikasi BM Senang Jek.

Belajar membaca dan memahami Bahasa Melayu kini lebih mudah dengan aplikasi pendidikan terbaru yang akan mengajar pelbagai topik tatabahasa secara interatif dan menyeronok­kan.

Walaupun aplikasi ini interaktif untuk menarik minat pelajar sekolah rendah, tetapi ia juga sesuai untuk semua pelajar termasuk sekolah menengah, kolej dan universiti di Malaysia yang mahu menguasai Bahasa Melayu.

Aplikasi BM Senang

Jek ini mempunyai banyak soalan latih tubi merangkumi belajar maksud atau erti tersembuny­i pada perkataan ringkas, belajar ayat yang mempunyai makna yang luas dan bijak, ulang kaji perkataan yang mempunyai maksud sama, ulang kaji perkataan yang mempunyai maksud berlawanan dan menguji minda dengan menyusun ayat.

Antara modul yang diselitkan ke dalam aplikasi ini adalah simpulan bahasa, peribahasa, sinonim dan antonim.

Melalui latihan yang interaktif ini, ia bukan sahaja dapat menarik minat anak-anak untuk terus belajar, tetapi dalam masa sama mereka dapat berhibur dengan sambil menuntut ilmu.

Selain BM Senang

Jek, pemaju turut membangunk­an aplikasi English Senang Jek yang terdiri daripada modul hampir sama, bertujuan untuk memperkuku­hkan pemahaman Bahasa Inggeris pengguna.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia