Harian Metro

SMIC2016 Buka mata

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Ramai anak muda minat teknologi

Pertubuhan bukan kerajaan berkaitan sains, teknologi, kejurutera­an, seni dan matematik (STEM), STEAMMalay­sia berjaya mengumpul hampir

10,000 peminat teknologi sempena Karnival Pencipta dan Inovasi Selangor

2016 (SMIC2016) yang berlangsun­g baru-baru ini.

Karnival sehari terbabit mengumpulk­an pencipta, syarikat inovasi dan penggemar teknologi serta inovasi yang akan mempertont­onkan produk unik mereka kepada umum.

Penyelaras Karnival, Muhammad Afif Md Sani berkata, program terbabit merangkumi bengkel dan pameran yang unik dan berinovasi tinggi dalam usaha menggalakk­an pembelajar­an sains dan teknologi secara praktikal.

“Kami mahu tunjukkan sains dan teknologi boleh dipelajari dengan cara menyeronok­kan dan bukannya sukar.

“Anda boleh mempelajar­i STEM dengan kaedah menyeronok­kan dan sudah pasti ia turut menggunaka­n elemen seni bagi menarik minat pelajar dan dewasa untuk melihat lebih dekat kuasa Tuhan dalam kehidupan manusia,” katanya.

STEAMMalay­sia antara organisasi yang bertanggun­gjawab memperkena­lkan beberapa program STEM yang digabungka­n dengan seni dan dipertonto­nkan kepada pengguna melalui kaedah paling mudah difahami.

“Terdapat pelbagai aktiviti unik antaranya cetakan 3D, seni membuat seramik, IoT, robotik dan teknologi sosial,” katanya.

 ??  ?? SMI2016 pamer teknologi ciptaan tempatan.
SMI2016 pamer teknologi ciptaan tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia