Harian Metro

Digi anjur e-sukan

-

Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) mengumumka­n pembabitan­nya sebagai penaja utama bagi kejohanan ESL One Genting Malaysian Qualifiers yang bakal berlangsun­g pada hujung minggu ini.

Ketua Perkhidmat­an Pemasaran Digi, Chan

May Ling berkata, dengan pelaksanaa­n program seumpama ini, pihaknya berhasrat menjadi rakan kongsi kegemaran pelanggan dalam apa jua program yang berkait dengan industri digital.

Tambahnya, ESL Satu adalah siri kejohanan e-sukan terbesar dan paling berprestij di dunia yang merangkumi beberapa siri permainan video dipertandi­ngkan termasuk Dota 2.

“Melalui kejohanan ini, kami bukan sahaja akan mengumpulk­an bakat tempatan untuk bersaing, tetapi dalam masa sama dapat menghimpun­kan peminat permainan video yang mahu menyaksika­n wira tempatan mereka bersaing dengan pemain video terbaik dunia.

“Digi adalah penyokong kuat untuk segmen e-sukan dan permainan profesiona­l di Malaysia dan sebagai sebahagian daripada komuniti permainan tempatan, kami merancang untuk megembangk­an bakat tempatan dan membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya dalam sukan profesiona­l yang semakin berkembang ini,” katanya.

May Ling berkata, pihaknya mempunyai beberapa senarai bakat bertaraf dunia di peringkat domestik dan pemilihan

ESL untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah pusingan akhir peringkat global ini adalah antara bukti terhahap kualiti pemain tempatan negara ini.

Kejohanan Digi ESL

One Malaysian Qualifiers ini akan diadakan secara berperingk­at-peringkat bermula hujung minggu ini untuk melayakkan peserta mara ke pusingan kedua seterusnya mewakili Malaysia ke peringkat akhir yang akan berlansung

Arena of Stars Resort World Genting bermula 6 hingga 8 Januari depan.

Peserta akhir yang mewakili negara masingmasi­ng bakal merebut dan membawa pulang hadiah bernilai sehingga USD250,000.

 ??  ?? GIMIK pengenalan pertanding­an.
GIMIK pengenalan pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia