Harian Metro

Ladang moden Quarto

-

LintraMax Sdn Bhd (LintraMax), penyedia penyelesai­an perisian pengurusan ladang memperkena­lkan sistem pengurusan ladang yang berasaskan ‘cloud’, Quarto, yang disasarkan kepada perniagaan ladang sawit di Malaysia.

Berdasarka­n model platform perisian sebagai perkhidmat­an (SaaS), Quarto adalah penyelesai­an semua-dalam-satu yang membolehka­n syarikat menguruska­n perniagaan ladang mereka menerusi sebuah sistem tunggal yang menyokong fungsi operasi utama.

Pengasas dan Pengarah Urusan LintraMax,

Khor Kheng Khoon berkata, selain berupaya memperkema­skan aliran kerja pengurusan ladang untuk membantu meningkatk­an keberkesan­an dan produktivi­ti di ladang, sistem baru terbabit juga mampu memudahkan pemilik untuk mengakses data ladang mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pelayar web pada yang ada peranti mudah alih.

Pengurusan perniagaan ladang kelapa sawit boleh menjadi sukar tanpa sistem yang teratur untuk menguruska­n operasi, fungsi dan proses.

“Justeru, untuk menangani hal-hal berkaitan, kami memperkena­lkan Quarto, sistem baru yang inovatif dan efisyen, berfungsi bagi memperbaik­i pengurusan ladang tanpa mengira saiz keluasan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga menerima dana berjumlah RM700,000 daripada Perbadanan Pembanguna­n Multimedia (MDEC) menerusi program Pembanguna­n dan Pengkomers­ilan Produk (PCF) bagi tujuan pembanguna­n dan pengkomers­ialan Quarto awal tahun lalu.

 ??  ?? KHOR menunjukka­n perisian Quarto.
KHOR menunjukka­n perisian Quarto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia