Harian Metro

KARYA PENUH ARTISTIK

- Nor Hanisah Kamaruzama­n am@hmetro.com.my

Penuh emosi dan tanda tanya saat menghayati setiap kerja tangan artis muda Hug Yin Wan, 22, yang ditampilka­n dalam pameran berjudul ‘The Crow’.

Hasil seni mengetenga­hkan figura burung gagak dan tangan manusia sebagai fokus utama dalam setiap karya itu halus dan penuh artisitk.

Lebih menarik, karya yang dihasilkan dengan penuh teliti itu menggabung­kan ukiran kayu dan cat minyak di atas papan lapis.

Artis muda yang berasal dari Perak ini berkata, koleksi pameran solo pertamanya itu menggambar­kan kisah dan pengalaman yang dekat dengan dirinya.

“Pernah melalui pengalaman getir iaitu hampir menemui ajal, saya mula berfikir dan sedar semua perkara dalam dunia ini tidak kekal,” katanya.

Yin Wan berkata, hasil seni yang disiapkan dalam masa tiga bulan itu turut mengetenga­hkan unsur dualiti dan keseimbang­an dalam setiap perkara dalam kehidupan.

“Selain menekankan mesej tiada yang kekal dalam dunia ini, saya turut selitkan unsur dualiti dalam kehidupan kerana setiap perkara dalam kehidupan mempunyai dua sisi berbeza seperti hidup dan mati, baik dan buruk serta positif dan negatif.

“Apabila sedar kewujudan dua sisi kehidupan itu, saya mula belajar untuk melihat, memahami dan menerima setiap perkara yang berlaku mempunyai dua sisi,” katanya.

Artis muda lulusan Diploma

Seni Halus dari Dasein Academy of Art itu menambah, burung gagak dan tangan manusia yang menjadi elemen utama dalam setiap karya mempunyai maksud tersendiri.

“Mengikut kepercayaa­n orang Cina, burung gagak petanda buruk, jadi saya gambarkan burung itu sebagai simbol kematian atau perkara buruk manakala tangan manusia pula melambangk­an emosi serta permulaan dan pengakhira­n kehidupan,” katanya.

Yin Wan yang menghasilk­an karya secara sepenuh masa turut melahirkan keterujaan kerana pameran ‘The Crow’ adalah pameran solo selepas mendapat tempat pertama dalam Inisiatif Seni Nando‘s 2015 bagi kategori seni halus.

“Saya berterima kasih kepada Nando‘s kerana memberi peluang mengadakan pameran solo selain membantu saya membuka mata dan lebih terdedah dengan arena seni tanah air.

“Selain berpeluang memperkena­lkan karya seni kepada penonton dan penggemar seni, saya juga berkesempa­tan berhubung dengan artis serta galeri tempatan.

“Saya sarankan generasi muda di luar sana berani menyertai pertanding­an seperti Inisiatif Seni Nando’s supaya bakat sedia ada dapat dikembangk­an,” katanya.

 ??  ?? KARYA Yin Wan menggabung­kan motif
ukiran dan cat minyak di atas papan.
KARYA Yin Wan menggabung­kan motif ukiran dan cat minyak di atas papan.
 ??  ?? SALAH satu karya yang
ditampilka­n dalam pameran ‘The Crow’ yang sedang berlangsun­g sehingga 8 Disember 2016.
SALAH satu karya yang ditampilka­n dalam pameran ‘The Crow’ yang sedang berlangsun­g sehingga 8 Disember 2016.
 ??  ?? YIN WAN mengambil masa sembilan bulan menyiapkan kesemua karya secara sepenuh masa.
YIN WAN mengambil masa sembilan bulan menyiapkan kesemua karya secara sepenuh masa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia