Harian Metro

Bercerita sambil hias makanan

- DARI MUKA 15

Susulan kejayaan sambutan Hari Cef Antarabang­sa yang pertama tahun lalu, Nestle dan Persatuan Culinaire Profesiona­l Malaysia (PCA) sekali lagi berkolabor­asi menganjurk­an sambutan sama tahun ini.

Dengan tema ‘Art on a Plate’, sambutan tahun ini membabitka­n 40 cef PCA dan Penggubah Makanan Antarabang­sa, Samantha Lee.

Samantha popular dengan ciptaan makanan luar biasanya menggunaka­n ramuan segar dan sihat, selain mendapat pengiktira­fan antarabang­sa.

Menerusi kaedah ‘bercerita’ sambil menggubah dan menghias hidangan, Samantha menunjukka­n dua karya seni makanan iaitu bertemakan hidupan lautan dan singa.

Ciptaannya nyata berjaya mencetuska­n inspirasi dan imaginasi peserta terbabit yang kemudian mencuba menghasilk­an hidangan unik masingmasi­ng sambil dibantu cef PCA.

Sepuluh penyertaan paling kreatif, antaranya roket angkasa, kucing serta hidupan laut, dipilih sebagai pemenang bertuah yang membawa pulang baucar AEON bernilai RM50 dan beg sekolah KanakKanak Sihat Nestle edisi terhad.

“Seiring objektif Nestle, kami amat berdedikas­i untuk menggalakk­an gaya hidup lebih sihat, terutama dalam kalangan kanakkanak.

“Kami percaya amalan pemakanan yang sihat hendaklah dipupuk sejak usia muda. Oleh itu, usaha pendedahan dan membabitka­n mereka dalam proses penyediaan bahan masakan serta aktiviti memasak seperti ini amat penting ke arah amalan sihat itu.

“Sambutan hari ini juga sejajar dengan falsafah perniagaan Nestle iaitu ‘Menjana Nilai Bersama’, kerana kami percaya untuk menjana nilai jangka panjang bagi syarikat, kami perlu menjana nilai untuk masyarakat terlebih dahulu,” ujar Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Alois Hofbauer.

Sambutan Hari Cef Antarabang­sa Nestle dianjurkan sebagai sebahagian usaha sama berterusan antara Nestle Profession­al dan World Chef, yang dijalin sejak 2014.

Usaha ini bertindak membantu mendidik cef muda mengenai pemakanan dan dunia kulinari.

Bagi memanfaatk­an pakatan kerjasama itu, sambutan tahun ini diadakan dengan matlamat meningkatk­an kesedaran kanakkanak mengenai pemakanan sihat sambil menyerlahk­an daya kreativiti mereka menerusi makanan.

Sambutan ini juga diadakan sempena Program KanakKanak Sihat Nestle (NHK), iaitu inisiatif global yang berusaha menggalakk­an pemakanan, kesihatan dan kesejahter­aan kanakkanak di seluruh dunia.

NHK dilancarka­n buat kali pertama di Malaysia pada 2010 dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Persatuan Pemakanan Malaysia, demi menggalakk­an pemakanan sihat serta gaya hidup aktif dalam kalangan lebih 10,000 pelajar di seluruh negara.

Di peringkat global, Program NHK memberi manfaat kepada lebih lapan juta kanakkanak di 84 negara setakat ini.

 ??  ?? Usaha pendedahan dan membabitka­n mereka dalam proses penyediaan bahan masakan serta aktiviti memasak seperti ini amat penting ke arah amalan sihat HASIL gubahan Samantha (dua dari kiri) mencetuska­n idea dan imaginasi dalam kalangan peserta cilik.
Usaha pendedahan dan membabitka­n mereka dalam proses penyediaan bahan masakan serta aktiviti memasak seperti ini amat penting ke arah amalan sihat HASIL gubahan Samantha (dua dari kiri) mencetuska­n idea dan imaginasi dalam kalangan peserta cilik.
 ??  ?? SAMANTHA (kiri) dan Hofbauer (tiga dari kiri) bersama wakil PCA serta Nestle meraikan sambutan tahun kedua Hari Cef Antarabang­sa Nestle di Malaysia.
SAMANTHA (kiri) dan Hofbauer (tiga dari kiri) bersama wakil PCA serta Nestle meraikan sambutan tahun kedua Hari Cef Antarabang­sa Nestle di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia