Harian Metro

Bendung masalah sosial

- DARI MUKA 15

Seminar dedah maklumat pendidikan seksual

dan kesihatan kepada golongan muda

Seramai 250 pelajar sekolah menengah mewakili lapan sekolah dari seluruh Negeri Sembilan menyertai seminar berkenaan yang bertujuan memberi kefahaman dan meningkatk­an kesedaran remaja terhadap pendidikan seksual.

Antara inti pati seminar itu ialah kesihatan seksual dan reprodukti­f, pendekatan Islam terhadap cinta, menjauhi zina dan motivasi hala tuju hidup.

Pengarah JKNS Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, statistik di bawah Sistem Dokumentas­i Remaja Hamil Kesihatan Keluarga JKNS merekodkan 580 kes remaja hamil membabitka­n usia antara 10 hingga 19 tahun dari 2014 hingga 2015.

“Manakala bagi tempoh antara Januari hingga Jun tahun ini pula 303 kes direkodkan dengan daerah Seremban mencatatka­n kes tertinggi didaftarka­n iaitu 166 kes atau 54.8 peratus.

“Bagi masalah HIV di Negeri Sembilan pula, terdapat peningkata­n pengidap HIV dalam kalangan umur antara 13 hingga 19 tahun iaitu tiga kes pada 2015 kepada enam kes sehingga September tahun ini, dengan jumlah keseluruha­n penghidap HIV kategori itu bagi tempoh berkenaan ialah 37 kes.

“Situasi ini sememangny­a membimbang­kan dan ia memerlukan komitmen tinggi semua pihak untuk memainkan peranan penting bagi membendung gejala itu daripada terus meningkat pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai perlakuan seksual dalam kalangan remaja, menunjukka­n 8.3 peratus pelajar pernah mengadakan hubungan seksual.

Menurutnya, berpanduka­n kajian

WHO juga mendapati 50.4 peratus remaja pernah mengadakan hubungan seksual yang pertama kali sebelum usia 14 tahun dan 32.2 peratus menggunaka­n kondom ketika kali terakhir mengadakan hubungan berkenaan.

“Situasi itu jelas menunjukka­n remaja ketika ini terdedah dengan hubungan seksual ketika zaman persekolah­an, sesuatu yang perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak,” katanya.

Dr Abdul Rahim berkata, melihat senario itu, pendidikan kesihatan dan seksual amat penting dalam memperkasa­kan remaja.

“Justeru, seminar seperti ini diharap dapat membantu pelajar dan golongan muda mendapatka­n pendedahan serta maklumat mengenai pendidikan seksual dan kesihatan mereka.

“Ia perlu diteruskan bagi memastikan lebih ramai remaja diberikan pendedahan agar kita dapat membendung permasalah­an sosial ini,” katanya.

Timbalan Pengarah

JPNS Pkharuddin Ghazali berkata, masalah gejala sosial membabitka­n pelajar sememangny­a sentiasa diberikan keutamaan kerana ia bukan saja akan menjejaska­n masa depan mereka malah terhadap institusi pendidikan itu sendiri.

Pihaknya menyediaka­n pelbagai program remaja berpaksika­n keperluan untuk melahirkan individu berpengeta­huan dan bersikap positif dalam bidang kesihatan reprodukti­f serta sosial.

“Kita sedar pendidikan kesihatan reprodukti­f dan sosial ini penting supaya pelajar mendapat kefahaman mengenainy­a dan membimbing supaya mereka tidak melakukan kesilapan besar ini apabila bercinta.

“JPNS berharap usaha seperti ini dapat membendung masalah sosial yang dikaitkan dengan remaja seperti mengadakan hubungan terlarang, mengandung anak luar nikah, buang bayi dan terjebak dalam penagihan dadah,” katanya.

Peserta, Muhamad

Iqmal Daniel, 14, berkata, penyertaan­nya dalam seminar memberi banyak manfaat terutama dari aspek dalam menjalinka­n hubungan dengan rakan sebaya.

“Remaja perlu berhatihat­i dalam memilih rakan sebaya dan pastikan hubungan antara mereka lebih kepada kepentinga­n masa depan.

“Seminar ini dapat menyedarka­n saya mengenai batas pergaulan dengan rakan sebaya perempuan selain meningkatk­an lagi jati diri. Iaamatbaik­danbanyak ilmu yang saya dapat,” katanya yang juga pelajar SMK Seremban 2.

Muhamad Hakeem Abd Rahim, 14, dari Sekolah Tinggi Port Dickson berkata, seminar itu membantuny­a lebih memahami mengenai pendidikan seksual dan reprodukti­f.

“Pendidikan seksual dan reprodukti­f ini penting kerana ia dapat memandu kita menjadi insan yang sihat dan sentiasa berfikiran positif.

“Remaja perlu mengawal diri dan tidak boleh sesuka hati menjalinka­n hubungan dengan gadis sebaya kerana ia boleh mengundang keterlanju­ran. Sebagai lelaki yang akan menjadi ketua keluarga satu hari nanti, ilmu ini sangat penting.

“Berkawan tidak salah tetapi ia harus berpanduka­n kepada syariat supaya kita tidak terjebak dalam kancah maksiat, yang akhirnya memberi kesan kepada masa depan,” katanya.

Nur Darwisyali Mizman, 14, dari SMK Bukit Kepayang Seremban juga sedar kesilapan memilih kawan boleh mengundang padah.

Katanya, remaja seusianya perlu memilih kawan yang boleh membantu dalam pelajaran dan bukannya teman istimewa yang akhirnya mengundang kerosakan.

“Seminar ini mengingatk­an saya pentingnya menjaga pergaulan, maruah dan nama keluarga,” katanya.

– Mohd Amin Jalil

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Seminar Cinta Ketika Usia Muda.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Seminar Cinta Ketika Usia Muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia