Harian Metro

Kumpul dana beli uniform sekolah

-

Jenama pencuci nombor satu Malaysia, TOP, berkolabor­asi dengan pasar raya AEON Big melancarka­n kempen gergasi bagi mengumpul dana untuk membekalka­n keperluan persekolah­an kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara.

Kempen bertema ‘A Brighter Future with TOP’ atau ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang pernah dilaksanak­an pada tahun lalu, dianjurkan semula setelah mendapat sambutan memberangs­angkan.

Kempen ini menyasarka­n kemudahan pada masa depan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dengan membina keyakinan diri mereka menerusi pemberian pakaian seragam sekolah baharu.

Di samping itu, kempen ini juga mendidik kanak-kanak terbabit aspek kemahiran hidup dengan menanamkan sifat tanggungja­wab dalam diri untuk menjaga pakaian seragam sendiri dengan pencuci TOP yang dibekalkan.

TOP berbesar hati bekerjasam­a dengan AEON Big yang mempunyai 25 pasar raya di seluruh negara untuk mencapai lebih ramai pengguna, seterusnya memberi peluang kepada masyarakat membantu kanak-kanak kurang bernasib baik memperoleh masa depan lebih cerah.

Menerusi kempen ini, RM0.30 sen daripada jualan produk TOP di semua cawangan AEON

Big di seluruh negara dengan sasaran RM40,000 yang akan disalurkan kepada dana ini bermula 14 November hingga 14 Disember ini.

Dana berkenaan akan digunakan untuk membeli pakaian seragam sekolah bagi 400 kanak-kanak kurang bernasib baik berusia tujuh hingga 17 tahun dari 20 rumah kebajikan di tujuh negeri.

Dibangunka­n oleh

LION Corporatio­n di Jepun,

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ sasar kutipan RM40,000

TOP terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh menggunaka­n teknologi berinovasi tinggi untuk cucian yang lebih bersih, selain meningkatk­an rasa selesa dan hidup lebih sejahtera.

Di Malaysia, TOP yang dikenali dengan inovasi seperti antibau hapak dan fungsi antidebu hama, bakal merevolusi­kan industri pencuci dengan formulasi semula pencuci Micro-Clean Tech yang diperkenal­kan baru-baru ini.

Formulasi TOP MicroClean Tech baharu ini ditampilka­n dengan inovasi antisebum yang akan menembusi jauh ke dalam teras benang untuk membersihk­an sebum (minyak yang dirembes secara semula jadi menerusi liang kulit) dan kesan peluh yang terperangk­ap secara lebih berkesan.

TOP Micro-Clean Tech ini juga membersihk­an sepenuhnya kotoran yang tampak dan tersembuny­i seperti peluh dan sebum yang terperangk­ap jauh ke dalam benang fabrik.

Peluh dan sebum adalah antara penyebab utama bau dan kotoran pada pakaian terutama di kawasan lubang lengan baju, lengan baju dan kolar sehingga menjadikan pakaian kekuningan, kusam serta pudar warnanya.

“Kami menggalakk­an pelanggan AEON Big untuk turut serta membantu memberikan kanak-kanak ini masa depan yang lebih cerah.

“Sebagai tambahan kepada sokongan terhadap usaha amal ini, kami berharap lebih ramai pengguna memahami maksud sebenar slogan

TOP iaitu ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’,” jelas Pengurus Pemasaran Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo.

Untuk maklumat lanjut mengenai TOP dan usaha amal ini, boleh layari http://www.southernli­on. com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 180088-0133.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia