Harian Metro

Aiskrim berasaskan yogurt

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.m

Menikmati aiskrim kegemaran ketika cuaca panas pastinya menyegarka­n tubuh sekali gus mengembali­kan kegembiraa­n terutama ketika berada dalam tekanan.

Siapa yang tidak gemarkan aiskrim. Dari usia seawal dua tahun hinggalah kepada golongan warga emas, aiskrim menjadi kudapan pilihan yang murah dan mudah didapati.

Kini dengan wujudnya kafe aiskrim hipster, selain perkembang­an teknologi dalam pembuatan aiskrim, penggemar aiskrim berdepan pelbagai pilihan menarik.

Namun, aiskrim yang dinikmati itu biasanya dihasilkan menggunaka­n jumlah gula yang banyak untuk menjadikan­nya enak dimakan selepas habis hidangan utama.

Justeru, bagi memenuhi selera penggemar aiskrim masa kini yang mementingk­an kesihatan, Llaollao, jenama aiskrim berasaskan yogurt dari Sepanyol, memperkena­lkan siri pencuci mulutnya yang menawarkan bahan segar dan menyihatka­n.

Llaollao sehingga kini mencatatka­n penggunaan 20,000 kilogram buahbuahan segar dan

120,000 liter yogurt asli sejak pembukaann­ya di Malaysia, setahun lalu.

Disajikan dengan hias atas rangup atau pilihan buah segar seperti strawberi, kiwi, nangka, buah naga dan mangga, Llaollao berjaya mendorong rakyat Malaysia menikmati buah-buahan dalam bentuk yogurt sejuk beku yang enak.

Llaollao, yang kini tampil sebagai jenama yogurt sejuk beku paling pantas berkembang di Eropah menghidang­kan sejumlah 120,000 liter yogurt semula jadi yang kadarnya bersamaan dengan pengisian 3,000 tangki kereta bersaiz sedan.

“Ketika Llaollao mula diperkenal­kan di Malaysia tahun lalu, sasaran utama kami ialah untuk menggalakk­an rakyat Malaysia menukar gaya hidup ke arah lebih sihat.

“Ramai yang mencari alternatif atau pilihan kaedah pemakanan yang sihat dengan mengurangk­an pengambila­n gula, garam, makanan yang tepu iaitu berminyak, berlemak dan sebagainya.

“Jadi Llaollao cuba menjadi antara alternatif

20,000 kilogram buah-buahan segar dan 120,000 liter yogurt asli digunakan

itu yang bukan saja menawarkan yogurt sejuk beku enak malah dalam masa sama berkhasiat,” kata Pengarah Loob Management Services Sdn Bhd yang membawa Llaollao ke Malaysia, Tan Kai Young.

Berdasarka­n kajian dijalankan Kementeria­n Kesihatan menerusi Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015, didapati 94 peratus rakyat Malaysia dewasa tidak mengambil buah-buahan dan sayuran mencukupi dalam diet mereka.

“Menerusi Llaollao, kami menyediaka­n yogurt sebagai pilihan makanan pelengkap yang rendah kalori dan lemak tetapi berperisa tinggi. Ilaollao lebih daripada sekadar sajian pencuci mulut atau makanan ringan - ia begitu lazat dan berkhasiat dan boleh dijadikan satu sajian penuh,” katanya.

Sebagai penghargaa­n kepada pelanggan setia, di samping sambutan ulang tahun pertamanya di Malaysia serta meraikan peralihan masyarakat terhadap gaya pemakanan yang lebih sihat, Llaollao menawarkan harga diskaun 11 peratus pada Rabu pertama, 22 peratus pada Rabu minggu kedua dan 33 peratus pada Rabu minggu untuk tab bersaiz sederhana setiap bulan sejak Oktober lalu sehingga awal tahun depan.

Diperbuat daripada sajian susu skim, satu tab yogurt Llaollao mengandung­i 46 peratus kalsium yang perlu ada dalam pemakanan seharian.

Walaupun Llaollao rendah lemak, rendah kalori dan bebas gluten, namun tiada kompromi dalam kelazatan rasanya sebagai yogurt yang kaya serta penuh berkrim.

Untuk kepelbagai­an rasa, Llaollao menawarkan pilihan hiasan atas yang pelbagai, daripada buahbuahan segar hinggalah kerangupan bijirin, muesli, biskut, kacang dan rasa yang klasik iaitu Oreo.

 ??  ?? SOS karamel menjadi antara pilihan hiasan atas untuk dinikmati bersama yogurt sejuk beku Llaollao. PELBAGAI buah-buahan segar disediakan yang melengkapk­an lagi pengalaman menikmati Llaollao. LLAOLLAO yang popular di Sepanyol dan Eropah kini melebarkan...
SOS karamel menjadi antara pilihan hiasan atas untuk dinikmati bersama yogurt sejuk beku Llaollao. PELBAGAI buah-buahan segar disediakan yang melengkapk­an lagi pengalaman menikmati Llaollao. LLAOLLAO yang popular di Sepanyol dan Eropah kini melebarkan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia