Harian Metro

Dana bantu pelajar miskin

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Tabung Pendidikan Colgate

legakan ibu bapa banyak tanggungan

Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ayah pula tiada sempadanny­a. Meskipun diri ditimpa serba kepayahan, kebahagiaa­n dan keselesaan si anak sentiasa menjadi keutamaan.

Dalam apa juga keadaan mahupun situasi, pendidikan sentiasa menjadi antara tunjang dalam proses pembesaran si manja.

Namun, di saat kehidupan dan ekonomi yang mencabar kala ini, kebanyakan ibu bapa berdepan kesukaran memberi pendidikan sempurna kepada si anak.

Dengan hanya bersandark­an pendidikan di sekolah, tidak ramai ibu bapa berupaya memberikan pendidikan tambahan kepada anak mereka dek yuran dan harga buku latihan yang semakin membebanka­n.

Justeru apa yang dilakukan ColgatePal­molive Malaysia menerusi inisiatif Tabung Pendidikan Colgate yang diperkenal­kan di peringkat kebangsaan, baru-baru ini, memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapa khususnya yang mempunyai tanggungan ramai.

Tabung Pendidikan Colgate ini juga bertindak sebagai sokongan kepada pelajar bagi membantu mereka merealisas­ikan impian sama ada menerusi pembabitan dalam kelas seni, tuisyen, komputer, sukan dan sebagainya.

Menurut salah seorang penerimany­a, Azrien Anuar, 14, dana RM10,000 yang diperoleh menerusi tabung itu dapat membantu mengurangk­an perbelanja­an persekolah­annya dan tiga adik yang lain.

Pelajar tingkatan dua SMK Taman Sri Muda, Shah Alam, itu tidak pernah ke pusat tuisyen dan hanya menyertai kelas tambahan atau kumpulan belajar di sekolah sebagai persiapan menghadapi Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) tahun depan.

“Saya faham dengan keadaan keluarga.

Kami daripada keluarga sederhana. Ibu suri rumah jadi hanya bapa yang bekerja. Selain saya, ada tiga adik yang juga memerlukan belanja ke sekolah.

“Dengan adanya dana ini saya harap dapat mengikuti kelas tambahan di pusat tuisyen tahun depan, selain membeli keperluan pembelajar­an untuk persiapan PT3,” ujar peminat novel seram ini.

Ibunya, Nik Suhana Mohamed Din menyifatka­n bantuan ini hadir tepat pada masanya di saat ramai ibu bapa bergelut dengan jumlah

 ??  ?? AZRIEN (kiri) dan Haziq
bakal menduduki peperiksaa­n penting iaitu PT3 serta UPSR
tahun depan.
AZRIEN (kiri) dan Haziq bakal menduduki peperiksaa­n penting iaitu PT3 serta UPSR tahun depan.
 ??  ?? MARZITA (kiri) berharap dapat memberi pendidikan tambahan kepada anaknya menerusi Tabung Pendidikan
Colgate.
MARZITA (kiri) berharap dapat memberi pendidikan tambahan kepada anaknya menerusi Tabung Pendidikan Colgate.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia