Harian Metro

GEMPA JADIAN

„ Seorang maut, tiga parah, dua terperangk­ap struktur dalam binaan runtuh

- Mohd Fadly Shamsuddin, Fardy Bungga, Hasbi Sidek, Nurul Hidayah Bahaudin, Nadzreen Shah Mat Salim dan Faliq Lajim am@hmetro.com.my Seorang pekerja binaan warga Vietnam maut selepas terhempas dari ketinggian 30 meter Jejantas menghubung­kan projek mega KL

Gegaran kuat itu disusuli bunyi dentuman. Kejadian berkenaan

cukup menakutkan hingga ada yang menyangka berlaku

gempa bumi,” kata seorang saksi kejadian jejantas konkrit menghubung­kan projek mega KL Eco City ke Garden Mid Valley di Bangsar, Kuala Lumpur, yang sedang dalam pembinaan, runtuh secara tiba-tiba, semalam.

“Saya nampak kawan saya jatuh melayang selepas jejantas itu runtuh. Kepalanya terhempas pada lantai konkrit di tebing sungai (Sungai Klang),” kata pekerja pembinaan warga Vietnam yang mahu dikenali sebagai Duong, 32.

Rakan senegarany­a itu mati dalam keadaan mengerikan akibat terjatuh dari ketinggian 30 meter dari jejantas hampir siap yang runtuh jam 3.30 petang semalam.

Jejantas itu menghubung­kan projek mega KL Eco City ke Gardens Mid Valley, Bangsar di sini dan sudah hampir siap sejak dibina enam bulan lalu.

Akibat kejadian itu, lima lagi pekerja binaan cedera manakala dua terperangk­ap sebelum seorang daripadany­a berjaya dikeluarka­n pada jam 6.45 petang.

Sehingga jam 8.30 malam tadi, kerja menyelamat­kan seorang lagi mangsa yang terperangk­ap dilakukan.

Duong berkata, kejadian itu amat mengejutka­n dan dia sama sekali tidak menyangka jejantas berkenaan boleh runtuh dengan sekelip mata.

“Nasib baik waktu itu (ketika runtuhan berlaku) kebanyakan pekerja berehat. Kalau tidak mungkin lebih ramai rakan-rakan yang terkorban,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, dia terselamat kerana sedang berehat dan berada pada jarak kira-kira 10 meter daripada lokasi kejadian.

Seorang lagi pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Rasid, 32, berkata, kejadian berlaku kira-kira 30 saat selepas dia meninggalk­an kawasan di bawah jejantas itu untuk berehat.

Katanya, dia dan beberapa rakan sekerja lain berjalan melepasi kawasan di bawah jejantas berkenaan sebelum terdengar bunyi rekahan kuat.

“Ketika itu kami dikejutkan dengan gegaran kuat selama beberapa saat. Sebaik menoleh ke belakang, kami lihat jejantas konkrit itu runtuh dan bunyi sangat kuat.

“Kami terus berlari menuju ke arah runtuhan itu kerana bimbang ada rakan yang tersepit atau terperangk­ap,” katanya.

Bagaimanap­un, dia dihalang oleh pekerja lain kerana bimbang struktur jejantas itu boleh membahayak­an keselamata­n kami.

Seorang lagi saksi kejadian yang juga pekerja binaan,

Atang, 39, berkata, ketika kejadian dia berada di tingkat 13 bangunan bersebelah­an.

“Sebelum insiden itu berlaku, saya lihat ramai pekerja sedang berehat di bawah jejantas konkrit berkenaan.

“Ketika itu cuma terdapat beberapa pekerja sedang melakukan tugas akhir memasang cermin pada jejantas itu.

Sebaik menyedari sesuatu tidak kena pada jejantas itu, saya menjerit ke arah pekerja di bawah dan mengarahka­n mereka melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja di bangunan Garden South Tower, Mid Valley, Nurzeehan Sulaiman, 25, berkata, mereka turut merasai gegaran akibat runtuhan jejantas berkenaan.

Katanya, mereka menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat runtuhan berkenaan dari tingkap pejabatnya. “Gegaran kuat itu disusuli bunyi dentuman. Kejadian itu cukup menakutkan hingga ada yang menyangka berlaku gempa bumi,” katanya.

 ?? Duong ?? Nasib baik waktu itu (ketika runtuhan berlaku) kebanyakan pekerja berehat. Kalau tidak mungkin lebih ramai rakan-rakan yang terkorban” KEADAAN lokasi runtuhan berdekatan KL Eco City Bangsar.
Duong Nasib baik waktu itu (ketika runtuhan berlaku) kebanyakan pekerja berehat. Kalau tidak mungkin lebih ramai rakan-rakan yang terkorban” KEADAAN lokasi runtuhan berdekatan KL Eco City Bangsar.
 ??  ?? RAKAN meratapi mangsa yang terbunuh dihempap runtuhan.
RAKAN meratapi mangsa yang terbunuh dihempap runtuhan.
 ??  ??
 ??  ?? PIHAK bomba menggunaka­n Unit Anjing Pengesan K9 untuk mencari mayat mangsa.
PIHAK bomba menggunaka­n Unit Anjing Pengesan K9 untuk mencari mayat mangsa.
 ?? FOTO : ZULFADHLI ZULKIFLI ?? Pekerjabin­aan mautterhem­pas daripadaje­jantas
runtuh
FOTO : ZULFADHLI ZULKIFLI Pekerjabin­aan mautterhem­pas daripadaje­jantas runtuh
 ??  ?? MAYAT mangsa terbunuh dalam kejadian jambatan runtuh. MANGSA yang cedera selepas struktur bangunan pembinaan runtuh.
MAYAT mangsa terbunuh dalam kejadian jambatan runtuh. MANGSA yang cedera selepas struktur bangunan pembinaan runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia