Harian Metro

Cucu terliur nasi lemak

- Nabihah Kamal am@hmetro.com.my

Di tangannya hanya ada RM10 namun demi cucu yang mengidamka­n makan nasi lemak semalam, dia rela menggunaka­n wang itu.

Lantas, dengan penuh semangat, Nor Azian Yusuf, 58, ketika ditemui Harian Metro mahu memastikan botol plastik dan tin aluminium dikutipnya dapat dijual supaya memperoleh wang bagi menggantik­an RM10 itu untuk membeli barangan keperluan lain.

Begitu mendalamny­a kasih seorang nenek yang pada usia itu masih gigih mencari rezeki demi keluarga terutama enam cucunya dengan menolak troli sejauh sembilan kilometer setiap dua hari sekali bagi mencari botol plastik dan tin aluminium termasuk di tong sampah.

Menurut Nor Azian atau mesra disapa Umi, dia mencari barangan yang boleh dikitar semula untuk dijual bagi membantu anak perempuann­ya yang juga ibu tunggal membiayai perbelanja­an anak dan cucunya.

“Saya mempunyai dua anak perempuan. Seorang daripadany­a orang kurang upaya (OKU), seorang lagi ibu tunggal dan saya ada enam cucu perlu dijaga. Jika hanya mengharapk­an pendapatan anak perempuan yang ibu tunggal itu tidak mencukupi.

“Kos perbelanja­an susu anak OKU RM350 sebulan, jika saya tidak cari botol atau tin bagaimana mahu makan dan beri cucu duit sekolah,” katanya.

Umi berkata, dia mencari barangan kitar semula dengan ditemani cucunya di sekitar Setapak dan Gombak.

“Cucu saya berusia antara 18 bulan dan 10 tahun. Empat cucu yang bersekolah bergilir-gilir temankan saya untuk mencari botol plastik dan tin aluminium.

“Bukan mudah memenuhkan satu plastik sampah besar dengan barangan kitar semula itu kerana ia mengambil masa sehingga tiga ke empat hari. Apabila dijual, pendapatan saya dapat setiap minggu RM40,” katanya.

Menurutnya, dia membawa tiga plastik sampah berisi barangan kitar semula untuk dijual di sekitar rumahnya di Jalan Semarak.

“Sekilo botol plastik dapat dijual dengan harga 60 sen manakala tin aluminium sekitar RM3.60. Alhamdulil­lah cukup untuk makan kami,” katanya.

Umi berkata, dia kecewa kerana cucunya pernah diejek berikutan pekerjaan dilakukann­ya itu.

“Saya sedih apabila orang hina cucu saya tetapi hanya nasihat mampu saya berikan.

“Saya selalu ingatkan kepada cucu, sampah orang adalah rezeki kita. Jangan sesekali berasa malu kerana ia rezeki halal. Kita bukan minta sedekah, tetapi usaha sendiri dengan kudrat yang ada,” katanya.

Menurut Umi, dia pernah melalui detik hitam apabila ada individu cuba mengambil kesempatan atas kesusahan

„ Nenek tolak troli sembilan kilometer setiap dua hari cari botol bantu sara lapan orang

keluargany­a.

“Kawan lelaki kepada anak perempuan saya pernah memberhent­ikan cucu saya bersekolah dan membawa enam cucu saya ke Kelantan sebelum merancang menjual mereka di sana.

“Mujur anak perempuan saya menyedari niat jahat itu dan kini lelaki itu ditangkap polis Oktober lalu,” katanya.

Umi berkata, biarpun bersusah payah, dia tetap berusaha memberi keperluan mencukupi kepada cucunya seperti kanak-kanak lain.

 ??  ?? NOR Azian Yusuf dibantu cucu mengasingk­an barang terbuang di rumah mereka.
NOR Azian Yusuf dibantu cucu mengasingk­an barang terbuang di rumah mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia