Harian Metro

RM87,000 bertukar sabun

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Tiga bomoh wanita asing perdaya warga emas kebas wang tunai, barang kemas

Seorang wanita warga emas menjadi mangsa penipuan ‘silap mata’ apabila wang tunai dan barang kemas miliknya bernilai lebih RM87,000 ditukar menjadi sabun mandi oleh tiga bomoh wanita.

Malah, penjenayah wanita warga asing itu turut berjaya memukau mangsa hingga wanita berusia 73 tahun itu menjadi pak turut dan mengeluark­an semua duit di dalam bank.

Suspek yang dipercayai turut memiliki ilmu pukau hanya menyentuh bahu mangsa menyebabka­n mangsa hilang ingatan dan menuruti segala perintah mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, kumpulan penjenayah warga China itu dikesan memukau mangsa di Sri Petaling, di sini, pada 7 November lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke pasar tani berhampira­n Sri Petaling, di sini, jam 8.30 pagi.

“Salah seorang suspek menegur mangsa dan berpura-pura bertanyaka­n pokok lidah buaya. Tidak lama kemudian muncul seorang lagi wanita yang menepuk bahu mangsa membuatkan warga emas itu khayal dan dipukau.

“Wanita kedua ini kemudian memaklumka­n mangsa membawa nasib malang kepada keluarga dan jika tidak diubati akan menyebabka­n anaknya mati dalam tempoh tiga hari,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudiana membawa mangsa berjumpa seorang guru (suspek ketiga) yang kononnya mampu mengubati nasib malang mangsa.

“Bomoh iru kemudian meminta pengeras menyebabka­n mangsa pulang ke rumah untuk mengambil wang dan barang kemas sebelum berjumpa semula suspek di Sri Petaling. Mangsa kemudian turut dibawa ke tiga bank untuk mengeluark­an sejumlah wang dan barang kemas.

“Semua wang tunai dan barang kemas itu dibungkus menggunaka­n surat khabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum diserahkan kepada suspek sebelum upacara ‘berubat’ dimulakan,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian menyerahka­n semula beg plastik berisi barang kemas dan duit itu kepada mangsa selepas upacara selesai.

“Mangsa yang pulang ke rumah hanya menyedari dipukau dan ditipu beberapa jam kemudian. Beg plastik yang dipulangka­n itu hanya mengandung­i botol plastik dan sabun,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis menasihati orang awam terutama warga emas lebih berwaspada dengan modus operandi seperti ini.

“Sehingga kini pihak polis masih memburu suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia