Harian Metro

Satu kampung menangis sama

- Mohd Hanafis Abd Haris dan Essa Abu Yamin am@hmetro.com.my

„ Penduduk berlinang air mata lihat wanita meratapi anak lelaki sulung terbunuh dalam kemalangan jalan raya

Eriyanti hanya cedera ringan manakala suaminya, Rosli Hamzah, 40, serta anak perempuann­ya, Najlaa Munawwarah Rosli, 6, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.

Saksi kejadian, Zawityah Ahmad, 51, yang juga isteri Ketua Kampung Separap berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menyapu sampah di hadapan rumahnya.

Menurutnya, kemalangan berkenaan disedari sejurus dia mendengar bunyi dentuman kuat dari arah jalan raya.

“Saya bergegas ke jalan raya dan terdengar tangisan kanak-kanak perempuan sebelum mendapati seorang lagi kanak-kanak berlumuran darah di kepala.

“Namun situasi yang agak kelam-kabut ketika itu bertukar hiba apabila kanak-kanak lelaki terbabit disahkan meninggal dunia.

“Siapa yang tidak sedih apabila melihat seorang ibu menangis di hadapan anaknya yang sudah tidak bernyawa,” katanya.

Menurutnya, penduduk bersama ahli keluarga mangsa sempat membacakan doa ketika berada di lokasi kejadian dan bacaan doa diketuai imam kampung terbabit.

“Ketika itu semua penduduk yang ada di lokasi turut merasai kesedihan berkenaan. Malah, perasaan saya juga tersentuh apabila melihat ibu mangsa menangis,” katanya.

Sementara itu, Eriyanti berkata, mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Kampung Teluk Bakung, di sini, untuk berjumpa ibunya.

“Sebaik melalui tempat kemalangan itu, kereta kami secara tiba-tiba dirempuh sebuah kenderaan.

“Saya tidak mampu hendak membayangk­an kejadian itu kerana ia berlaku dengan begitu pantas,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa bersama keluargany­a yang menaiki Proton Saga dalam perjalanan dari Parit Sulong menghala ke Teluk Bakung.

“Tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan Toyota Avanza dipandu secara laju melanggar kereta Perodua Viva yang berada di hadapannya.

“Rempuhan itu menyebabka­n Perodua Viva terbabit terbabas ke arah bertentang­an lalu merempuh kereta dipandu bapa mangsa.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala dan mayat dibawa ke HSNI untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai menyaksika­n sebuah kereta yang terbalik selepas terbabit kemalangan di Jalan Simpang Lima-Parit Sulong, semalam. ANGGOTA polis mengalihka­n mayat budak lelaki yang maut di tempat kejadian.
ORANG ramai menyaksika­n sebuah kereta yang terbalik selepas terbabit kemalangan di Jalan Simpang Lima-Parit Sulong, semalam. ANGGOTA polis mengalihka­n mayat budak lelaki yang maut di tempat kejadian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia