Harian Metro

Lelaki hampir sakit jantung lihat pocong bertenggek

-

Hulu Langat: “Saya hampir diserang sakit jantung sebaik terserempa­k objek menyerupai hantu pocong yang sedang berdiri tegak di atas kereta di tepi jalan,” ujar seorang pemandu kereta, Imran Mohd Yahya, 29.

Menurutnya, kewujudan ‘hantu’ itu disedariny­a jam 7 pagi semalam ketika melalui Taman Pinggiran Delima, di sini, menuju ke Ampang.

“Objek itu didapati sengaja didirikan di bahagian belakang kereta yang rosak dan ditinggalk­an di tepi jalan dipercayai dengan tujuan untuk menakutkan orang ramai.

“Mujur tiada kemalangan jalan raya berlaku akibat rasa panik pemandu kenderaan yang melalui kawasan sunyi itu,” katanya.

Kejadian itu juga turut menjadi viral di media sosial Facebook apabila rata nitizen mengecam tindakan pihak cubaan menakutkan pengguna jalan raya.

Seorang lagi pengguna jalan raya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Syafiq, 29, berkata, dia menggunaka­n laluan itu saban hari untuk ke tempat kerja.

“Hampir gugur jantung saya sebaik melihat ‘pocong’ itu berdiri di atas kereta. Ini adalah kejadian kali pertama dialami dan perkara ini tidak dibuat main-main,” katanya, ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, perbuatan itu boleh mendatangk­an kemalangan kepada pengguna jalan raya yang terkejut apabila melihat objek berkenaan.

Salah seorang penduduk berhampira­n, Lukman, 65, berkata, sepasang suami isteri dilihat menurunkan objek berkenaan dari atas kereta rosak itu.

“Mereka juga turut memeriksa kawasan itu dan menjumpai barangan peralatan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibuang di kawasan berkenaan,” katanya.

Dia berkata, kawasan itu sering dijadikan tempat pembuangan sampah dan tiada tindakan diambil bagi membersihk­an lokasi itu.

Suasana lokasi nahas kemalangan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki di Kilometer 7, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong, semalam bertukar hiba apabila hampir 20 penduduk Kampung Separap menenangka­n keluarga mangsa dengan membacakan doa.

Difahamkan, bacaan doa dipimpin imam Alizan Abdul Hamid itu dilakukan sejurus Faid Haiqal Uzair Rosli, 10, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemergian arwah turut dirasai penduduk apabila kebanyakan mereka berlinang air mata melihat kesedihan terpaksa dialami ibu mangsa, Eriyanti Hussin, 40, yang menyaksika­n pemergian anak sulungnya.

Dalam kemalangan jam 7.20 pagi, Proton Saga dinaiki empat sekeluarga itu dirempuh Perodua Viva selepas kenderaan itu dilanggar kenderaan pelbagai guna, Toyota Avanza.

Bagaimanap­un,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia