Harian Metro

Mesti ada ‘tukang pesan’

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

„ Sindiket seludup daging perlu disiasat dengan teliti elak kompromi isu halal

meragukan terutama berkaitan status halal yang amat penting kepada majoriti Islam negara ini.

“Bukan kes main-main. Pengguna bimbang dengan status halal bahan mentah ini. Jika tak beli pun, kedai makan atau restoran pula yang terbeli tanpa disedari.

“Apabila dapat dalang itu pastikan dia dikenakan hukuman berat. Biar ada penyesalan dan pihak lain yang mahu lakukan perkara sama pula akan berasa gentar. Janganlah pula siasatan bagaikan melepaskan batuk di tangga saja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan eksklusif akhbar ini yang disiarkan di muka depan kelmarin bertajuk ‘500 Tan Daging Hantu’.

Laporan memetik, rampasan 18 kontena mengandung­i lebih 500,000 kilogram (kg) ayam, itik dan daging sejuk beku diseludup dari China mengundang persoalan mengenai status halal bahan mentah itu kerana berkemungk­inan ada yang pernah lolos dan berada di pasaran.

Sindiket penyeludup­an antarabang­sa dipercayai turut dianggotai warga tempatan itu cuba menyeludup masuk bahan mentah berkenaan tanpa permit, sijil halal dan sijil kesihatan melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor.

Bagaimanap­un, cubaan mereka gagal apabila dikesan petugas Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang melakukan pemeriksaa­n.

Mengulas lanjut kes itu, Nadzim berkata kebimbanga­n PPIM yang paling utama adalah halal dan keduanya bahan mentah berisiko beracun atas sebab tertentu.

“Pengguna perlu berhati-hati kerana rampasan seumpamany­a bukanlah kes tunggal yang pernah berlaku di negara ini sebaliknya isu saban tahun.

“Apabila membeli bahan mentah dengan harga murah di pasar raya besar contohnya perlu ada perasaan mahu menyelidik status halal, contohnya ayam.

“Pengguna wajar meletakkan diri dalam keadaan yang kurang terdedah dengan bahaya. Apapun, saya minta kerajaan buatlah sesuatu kerana ini satu perkara serius. Itu belum lagi sembelihan di sini yang tak tentu halal termasuk ketika memproses membabitka­n isu kebersihan,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 29 November lalu.
LAPORAN Harian Metro, 29 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia