Harian Metro

Rizab luar negara stabil

-

Penyusutan nilai ringgit berlaku sejak kebelakang­an ini yang sebahagian­nya disebabkan aktiviti spekulasi di pasaran luar pesisir tidak menyumbang kepada penurunan ketara dalam rizab pertukaran antarabang­sa.

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata, rizab luar negara Malaysia sepanjang tahun ini stabil iaitu RM432.8 bilion (AS$97 bilion).

“Saya ingin mengesahka­n baru-baru ini, rizab sebenar sehingga 15 November meningkat kepada RM438.6 bilion (AS$98.3 bilion) dari RM436.4 bilion (AS$97.8 bilion) yang dicatatkan pada 31 Oktober.

“Berdasarka­n fakta itu, rizab tidak mungkin jatuh dari RM758.5 bilion (AS$170 bilion) kepada RM432.8 bilion (AS$97 bilion) atas alasan pelabur meninggalk­an Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian memperjela­skan laporan salah tafsir dikeluarka­n portal bahasa Inggeris mengenai Malaysia berdepan ketidakten­tuan ringgit dikeluarka­n pada Isnin lalu.

Pihak berwajib perlu menyiasat sehingga akar umbi untuk mengenal pasti pihak yang menjadi dalang penyeludup­an bahan makanan mentah seperti ayam, itik dan daging sejuk beku dan memastikan dalang itu dikenakan hukuman berat.

Saranan itu dilontarka­n Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang menyifatka­n perkara itu kesalahan besar terutama membabitka­n isu halal dan kesihatan.

Menurutnya, sudah pasti ada pihak dalam negara membuat pesanan kerana pihak luar tidak akan ke negara ini membawa bahan makanan itu dalam jumlah besar.

“Siasat semula rekod urus niaga supaya dapat siapa dalang membawa makanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia