Harian Metro

Nenek lebih berhak

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

„ JKM lihat ada keperluan budak didera dijaga waris sendiri

Keputusan mengambil hak penjagaan kanak-kanak perempuan mangsa dera berusia empat tahun dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani, adalah langkah terakhir yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Pengarahny­a Md Noor Chik berkata, keutamaan pihaknya kini adalah memantau perkembang­an mangsa yang dirawat di wad kanak-kanak Hospital Sultan Abdul Halim.

Katanya, pihaknya melihat ada keperluan mangsa diletakkan di bawah penjagaan neneknya yang berpengala­man menjaganya sebelum ini.

“Kanak-kanak perempuan terbabit masih lagi menjalani rawatan akibat kecederaan dialaminya.

“Malah, dia menunjukka­n tanda positif daripada rawatan yang dijalaniny­a dan kaunselor serta pegawai pelindung kami juga sentiasa berhubung dengan neneknya serta memberi bantuan bersesuaia­n.

“Setakat ini, beri keutamaan mangsa dijaga ahli keluarga terdekat atau warisnya dan mengambil hak penjagaan kanak-kanak itu adalah langkah terakhir yang akan kami lakukan selepas memastikan pelbagai aspek termasuk keselamata­n dan ketiadaan waris mangsa,” katanya dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya yakin dengan kepakaran hospital untuk merawat mangsa yang menunjukka­n perkembang­an positif.

Mengulas berkaitan masalah sosial di Flat Paya Nahu, Md Noor berkata, pihaknya bersedia bekerjasam­a dengan agensi berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam melakukan aktiviti khususnya membabitka­n kanak-kanak.

“Kami menubuhkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di kawasan flat berkenaan yang terbuka kepada penghuni.

“Jika ada kanak-kanak yang berasa tidak selesa berada di rumah, mereka boleh datang ke pusat ini untuk melakukan pelbagai aktiviti,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, pergaduhan seorang wanita berusia 26 tahun (ibu mangsa) dan teman lelakinya berusia 34 tahun membongkar penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibalut kain selimut di dalam tong ikan di sebuah bilik dalam rumah di Flat Paya Nahu.

Kanak-kanak itu dipercayai mati didera pada 9 November lalu dan kakak mangsa berusia empat tahun yang turut didera kini masih dirawat di HSAH.

Susulan kejadian itu, polis menahan kedua-dua suspek iaitu ibu kepada dua beradik itu dan teman lelakinya kira-kira jam 6 pagi di flat berkenaan dan mereka didapati positif dadah amphetamin­e.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 325, kanun sama bagi kesalahan mendera.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia