Harian Metro

Bonda kecundang!

- Iskandar Shah Mohamed, Kalidevi Mogan Kumarappa dan Suraya Roslan am@hmetro.com.my

„ Wanita ditahan bersama 2 individu dalangi aktiviti jual bayi

Tiga orang ditahan termasuk seorang dalang utama, seorang wanita bergelar Bonda selain doktor yang mendalangi kegiatan penjualan bayi di negara ini.

Dalam Ops Baby yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) Bukit Aman diketuai Superinten­dan Cha Hoong Fong, bermula jam 2 petang itu, beberapa lokasi menjadi sasaran termasuk klinik bersalin di Klang, Puchong, Tanjung Sepat, Banting dan Labu, Negeri Sembilan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, operasi itu dilancarka­n bagi membantu siasatan mengenai laporan stesen televisyen Al-Jazeera mengenai kegiatan penjualan bayi di negara ini.

Katanya, selain kerjasama Unit Forensik dan Jabatan Kesihatan Selangor, serbuan lebih tiga jam itu turut disertai polis di daerah masing - masing.

“Pasukan kami yang dianggotai 32 orang pegawai dan anggota membuat serbuan dan pemeriksaa­n ke atas tiga klinik iaitu dua di Klang dan satu di Puchong selain empat premis kedai di Seremban, Klang, Sepang dan Tanjung Sepat, Selangor.

“Hasilnya, tiga orang berjaya ditahan iaitu seorang wanita berusia 38 tahun, seorang doktor berusia 54 tahun dan seorang pekerja klinik berusia 24 tahun,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, operasi itu dijalankan hasil risikan dan maklumat mengenai dokumentar­i yang dilaporkan stesen antarabang­sa berkenaan.

“Kita menjalanka­n pemeriksaa­n secara menyeluruh dan operasi akan diteruskan bagi mengesan individu lain seperti yang ada dalam laporan dokumentar­i.

“Kes diklasifik­asikan mengikut Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007 iaitu pemerdagan­gan kanak-kanak,” katanya.

Pada 24 November lalu, media antarabang­sa Al-Jazeera memaparkan dokumentar­i berdurasi 25 minit yang mendedahka­n mengenai penjualan bayi bertajuk “Malaysia: Babies For Sale” yang disiarkan dalam program 101 East.

Harian Metro pada April tahun lalu turut mendedahka­n kegiatan penjualan bayi di negara ini selepas melakukan penyiasata­n selama lebih dua bulan.

Dalam penyiasata­n yang mendapat kerjasama Unit Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) Bukit Aman itu, seorang wanita dipercayai dalang kegiatan berkenaan ditahan manakala 21 wanita mengandung serta seorang bayi perempuan berjaya diselamatk­an.

 ?? FOTO: ?? ANGGOTA polis mengambil keterangan pekerja klinik dalam Ops Baby susulan laporan stesen televisyen Al-Jazeera di sebuah klinik bersalin di Klang.
FOTO: ANGGOTA polis mengambil keterangan pekerja klinik dalam Ops Baby susulan laporan stesen televisyen Al-Jazeera di sebuah klinik bersalin di Klang.
 ??  ?? HOONG Fong (dua dari kiri) bersama anggota unit Forensik melakukan siasatan.
HOONG Fong (dua dari kiri) bersama anggota unit Forensik melakukan siasatan.
 ??  ?? POLIS gempur sebuah klinik bersalin di Klang.
POLIS gempur sebuah klinik bersalin di Klang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia